Resepi Creamy Butter Cheese Prawn Memang Lazat
Udang Mentega Berkuah Krim (Butter Prawns) sudah biasa, tetapi bagaimana jika kita tambahkan sedikit keju untuk rasa yang lebih creamy dan mewah? Resipi Udang Mentega Keju Berkuah Krim ini pasti akan menjadi kegemaran baru anda. Hidangan fusion yang menggabungkan kemanisan udang segar, aroma wangi mentega dan daun kari, serta kepekatan sos krim yang diperkaya dengan keju.
Bahan-Bahan Udang:
- 15-20 ekor udang (saiz sederhana @ besar)
- Tepung Ayam Goreng Bestari@tepung jagung
Cara Membuat: Panaskan minyak di dalam kuali. Lumurkan udang dengan tepung. Goreng sekejap sahaja dan jangan sampai udang kecut.
Bahan Kuah Creamy Cheese:
- 5 ulas bawang putih (cincang halus)
- 3 tangkai daun kari
- 5 biji cili padi (dadu-suka pedas boleh tambah)
- 1 biji kiub ayam
- 1 sudu teh serbuk kari daging
- 1 biji bawang Holland (dadu)
- Garam
- Butter
- Susu segar@susu cair (ikut nak kuah berapa banyak)
- Tepung jagung@tepung beras (untuk pekatkan kuah)
- Serbuk perasa
- 100 gram Cream Cheese (lagi banyak lagi berlemak. Guna cheesedale pun boleh agak-agak je)
Cara Membuat:
1. Masukkan butter ke dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang Holland, cili padi dan daun kari sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kiub ayam. Tumis sehingga naik bau dan masukkan susu, garam dan serbuk perasa.
2. Masukkan cream cheese, biarkan cheese cair dan masukkan bancuhan air tepung jagung atau beras. Biarkan kuah memekat sedikit dan masukkan udang yang telah digoreng. Gaul sebati. Nak lagi pedas boleh tambah bilangan cili padi.
Bahan Untuk Buat Sarang Telur:
- Minyak masak
- Butter@marjerin
- 3 biji telur kuning
- Sedikit susu segar@susu cair
- 4 biji cili padi (dadu)
- 2 tangkai daun kari
Cara Membuat:
1. Pukul telur kuning dan letakkan sedikit susu. Letakkan sedikit serbuk perasa. Panaskan minyak di dalam kuali beserta butter atau marjerin.
2. Setelah panas, tuang adunan telur dari jarak yang tinggi supaya sarang lebih halus sambil kacau dengan laju. Nak mudah boleh guna bekas sos atau roti jala yang banyak corong.
3. Kacau dengan laju supaya sarang halus. Masak sehingga naik buih. Masukkan daun kari dan cili padi. Toskan dan boleh ditabur di atas udang.
Boleh Makan Dengan Sambal Hijau Minang Ni, Bertambah Sedap Rasanya >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Azlan Syazani Adanan


