Resipi Sotong Masak Lada Hitam Bersama Kunyit

Resipi Sotong Masak Lada Hitam Bersama Kunyit

Untuk resipi ni boleh tukar ke udang, ketam dan ikan goreng. Tiap kali buat lauk ni anak-anak makan bertambah-tambah nasi. Dapat gaul kuahnya dengan nasi kosong pun dah sedap.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg 1/2 sotong dicuci bersih. Zie beli saiz kecil dan tak perlu potong.
  • 3 Serai
  • 2 biji Bawang merah kecil dihiris
  • 2 ulans Bawang putih dicincang
  • 2 Sudu besar Lada hitam biji dan ditumbuk
  • 4 – 5 Sudu besar Sos tiram
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1 sudu kecil pes asam jawa atau secukup rasa
  • Serbuk cukup rasa maggi, Garam, Gula scukup rasa
  • Sedikit air jika suka berkuah
  • Hirisan Bawang besar, hirisan tomato dan beberapa tangkai cili padi

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih hingga perang. Masukkan lada hitam kacau hingga terbit bau dan masukkan sos tiram kacau sebati.

2. Masukkan sotong, serbuk kunyit, pes asam jawa dan sedikit air. Kacau sebati lalu biarkan sotong masak dengan api sederhana.

3. Bila sotong dah masak, bolehlah tabur hirisan bawang, tomato dan cili padi. Kacau rata siap dan sedia untuk dihidang.

Nota Resepi Bonda:

Tips Agar Sotong Tidak Liat & Berair

Masalah utama memasak sotong ialah ia mudah menjadi liat atau mengeluarkan air yang terlalu banyak sehingga menenggelamkan rasa tumisan. Ikuti tips ini;

  1. Suhu Tinggi, Masa Singkat – Masak sotong dengan api yang besar dan jangan biarkan ia terlalu lama di dalam kuali. Cukup sekadar ia bertukar bentuk dan warna.
  2. Lada Hitam Tumbuk Kasar – Gunakan lada hitam yang ditumbuk segar (bukan serbuk halus) untuk mendapatkan tekstur “crunchy” dan aroma yang lebih kuat.
  3. Keringkan Sotong – Selepas dibasuh, sejatkan sotong sehingga betul-betul kering sebelum dimasukkan ke dalam kuali untuk mengelakkan masakan menjadi terlalu berair.

Lagi Bertambah Sedap Kalau Makan Dengan Sambal Minang Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Aisyah Humaira