Snek

Resepi Hazelnut Cream Cheese Brownies

resepi-hazelnut-cream-cheese-brownies

Resepi Hazelnut Cream Cheese Brownies

Bahan-Bahan:

Brownies –

1/2 cawan dark chocolate
75g mentega
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula castor
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 cawan hazelnut(dicincang kasar)

Filling –

85g cream cheese
1/4 cawan gula castor
1 biji telur gred A
2 sudu kecil jus lemon
1/4 cawan hazelnut (dicincang kasar)

Cara Membuat:

1. Putar cream cheese dengan gula hingga licin. Masukkan telur & jus lemon, putar lagi. Bila sudah sebati gaulkan hazelnut. Simpan sebentar dalam peti sejuk

2. Cairkan coklat dan mentega. Biarkan sejuk seketika (jangan sampai beku).

3. Putar telur dan gula hingga gula hancur. Tuangkan campuran coklat dan mentega tadi, putar lagi. Masukkan esen vanila.

4. Kemudian masukkan tepung dan garam yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Gaul rata. Akhir sekali masukkan hazelnut.

5. Gris loyang dan tabur tepung sedikit, tuangkan 1/2 adunan brownies, kemudian tuang filling cheese dan tutup dengan baki adunan brownies. Swirl gunakan pisau mentega (buat pergerakan depan belakang kiri dan kanan pada adunan).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Tart Kentang Bersama Mozarella Cheese

6. Bakar pada suhu 130C selama 30 minit.

Hazelnut Cream Cheese Brownies