Resepi Creamy Creampuff Filling Rasa Macam Ais Krim
Creamy Creampuff nie antara best seller saya. Selalu ade permintaan. Filling die rasa macam aiskrim. Makan sejuk-sejuk sedap sangat. Dulu sebelum terlibat dalam dunia baking nie, saya rasa Creampuff nie susah sangat nak buat. Tapi bila betul teknik dan resepi, InshaAllah ia akan menjadi. Di sini saya sertakan resepi cara saya. Maybe dalam nie ramai otai-otai lagi. Saya just berkongsi dari pengalaman dan apa yang saya tahu jer. Harap dapat membantu mereka yang nak mula berniaga or buat makan-makan.
Bahan-Bahan:
- 240g air
- 115g butter
- 140g tpg gandum (ayak)
- 1 tbs gula
- 1/2 tsp garam
- 3 bj Telor A (kacau telor macam nak buat telor dadar)
- 1 tsp creamy vanilla
Cara Membuat:
1. Masak air, butter, garam dan gula dulu sampai nampak ade bubble ditepi-tepi periuk. Sampai mendidih. Tutup api sekejap, masukan tepung gandum dan kacau sampai takde putih-putih.
2. Next buka api balik. Set masa lebih kurang 2 minit. Kacau sampai la jadi gumpalan doh. Siap, tutup api. Sejukkan dulu doh sebelum masuk dalam mixer. Masukan telur bersama creamy vanilla sedikit demi sedikit dalam bowl dan mixing sampai likat.
3. Dah siap, boleh la pipe atas loyang. Sebelum bakar spray dulu dengan air (penting ya!! untuk puff kita kembang elok). Bakar dengan suhu 170c untuk 15 minit pertama dan 150c untuk 10 minit kemudian. Saya guna oven convection. Untuk oven biasa, 190c selama 15 minit dan 150c lagi 15 minit (try and error oven sendiri).
Puff yang elok bila dalam tu die kosong, tanda puff dah cukup masak. Jika puff turun balik selepas keluar oven, tanda puff belum masak sepenuhnya.
Bahan Filling:
- 200g fresh cream (mix sampai kental)
- 50g instant custard + air (depend nak cair or likat)
Cara Buat: Mix kedua-duanya dan simpan dulu dalam peti sejuk sebelum guna. Harap faham la ya, resepi nie dapat dalam 50pcs puff.
Guna Nozzle Macam Ni Untuk Rupa Creampuff Lebih Cantik >> LIHAT DI SINI

Resepi Oleh: Safa Yasin


