snek, Snek

Resepi Pisang Goreng Crunchy Tepung Bancuh Sendiri

resepi-pisang-goreng-crunchy-tepung-bancuh-sendiri

Resepi Pisang Goreng Crunchy Tepung Bancuh Sendiri

Kalau tak crunchy tak sah!!!. Nak yang crunchy jer semua!!!. Kalau kmala goreng pisang atau keledek semua anak-anak bratuq tunggu, cicah sambal kicap dan kena ngan kopi panas!. Masih ingat satu ketika dulu bisnez jatuh teruk, tahun 2008, terpaksa jual rumah jual semua kereta yang ada. Sempat niaga tepi jalan dan bukak kedai makan masakan panas satu. Kmala sempat niaga pisang goreng ,keledek cempedak, sehari sampai 200kg kadang habis.

Nasi kukus ayam rempah pulak 170 ke 250 ekor sehari, resepi dari tukang masak istana bagi. Tapi penatnya Allah saja yang tahu, sebab sebelum tu kita tak pernah niaga kan. Bertahan hanya 3 tahun kerana kmala dapat cancer lymphoma stage 4 dan terpaksa mengikuti kimotherapi dihospital lebih kurang 8 bulan. Dan tiada siapa yang boleh diharapkan untuk menjaga kedai, kebetulan cik somi dapat balik buat project dengan government, so semua barang dijual.

Ni salah satu makanan yang akak jual, walaupun tepi jalan lrt, pisang goreng panas nih sangat ramai yang gemar. Kata mereka crunchy dan tak berminyak. Kmala halalkan resepi untuk semua yang nak niaga. Buatlah semoga terus maju dan berjaya!!! Yang penting masa nak goreng minyak kena banyak dan betul panas!!! Buatlah untuk siapa yang nak niaga!!! Kmala halal kan.

Dulu masa niaga, berbagai resepi cuba!!! Tapi yang ni resepi terbaik dan customer tak putus beli. Kita jual seperti kita sendiri yang nak makan. Resepi pisang goreng crunchy, tepung bancuh sendiri dan tak perlu tepung segera.

Bahan yang digaul sebelum letak air:

  • Tepung beras 2 cawan
  • Tepung jagung secawan
  • Tepung gandum setengah cawan
  • Telur c 1 biji (kalau telur A separuh jer tak boleh banyak sangat telur sebabnya jika banyak sangat, rangup ya takkan tahan sampai 4 5 jam)
  • Serbuk kunyit 1/2 sudu teh
  • Air kapur agak dalam 4 sudu besar makan – agak-agak yang ni jangan terlebih nanti berbuih dan jangan terlalu sikit.
  • Garam stgh sudu teh..
  • Mentega satu sudu besar
Cuba Resepi Ni:  Resepi Eomuk atau Korean Fish Cake

Kalau untuk makan sendiri, tambah kelapa parut atau mesin dalam 3 sudu, jadi tambah berlemak.

Cara Buat:

1. Setelah semua bahan digaul, masukkan air dalam 2 cawan yang sama. Agak-agak dan jangan terlalu pekat nanti kerak tak cantik. Bagi cair sedikit, sesudah digaul dengan air letakkan pisang atau keledek untuk digoreng.

2. Pastikan minyak betul-betul panas dan banyak! dan kalau nak pisang atau keledek melekat berkerak kat pisang, minyak panas tu renjis bancuhan tadi. Lepas tu baru letak pisang atasnya/

Cuba lah!!! Kak mala tak tipu, crunchynya boleh tahan 4 – 5 jam. Sangat tahan lama dan sedap, buat la kmala halalkan untuk u all semua cuba.

Tips tak nak pisang goreng dan keledek makan minyak!!! Jangan goreng api terlalu perlahan!!! Nanti minyak meresap ke tepung.

Resepi Pisang Goreng Crunchy Tepung Bancuh Sendiri

Resepi Oleh: Normala Kori