Resepi Butter Cheese Cake Lembut dan Gebu
Siapa kat sini peminat kek yang teksturnya moist, padat tapi lembut? Kalau anda suka Butter Cake dan juga Cheesecake, anda wajib cuba gabungan dua-dalam-satu ni. Rasa dia memang luar biasa, lemak mentega bergabung dengan rasa creamy keju.
Kek ni bukan jenis yang ringan macam span, tapi jenis yang ‘rich’ dan mengenyangkan. Sekali suap, bau harum mentega terus menusuk hidung. Sangat sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang yang fancy atau buat buah tangan untuk kawan-kawan!
Hari ni kita cuba buat kek butter berkeju yang di kongsikan oleh Khairunnisa Mohammad.
Bahan-Bahan:
- 5 biji telur Gred A
- 250g butter
- 250g cream cheese
- 200g gula
- 210g tepung superfine (diayak dengan baking powder)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 + 1/2 sudu kecil baking powder
- 80ml susu segar
Cara Membuat:
1. Mix gula, butter dan cream cheese hingga putih atau gebu. Masukkan telur satu-persatu dan mix sebati. Masukkan esen vanila dan sambung mix. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar.
2. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci. Bakar pada suhu 160c selama 1 jam atau sehingga masak. Api atas bawah. Bila dah masak, keluarkan loyang dari oven dan hentakkan loyang.
3. Potong masa kek dah sejuk. Makan sejuk-sejuk lagi sedap taw. Selamat mencuba.
Nota:
- Nak kek tinggi, pakai loyang 7 inci.
- Cream cheese boh dalam 150g pun ok dah. Tapi kalau nak boh 250g, sedap la lagi.
- Masa 1 jam tu cadangan saja. Kalau lepas 1 jam tak masak lagi, tambah je masa. Cucuk tengah kek tu. Kalau takde adunan lekat, masak dah tu.
- Takda tepung superfine, tepung gandum pun boleh. Tambah baking powder jugak. Tapi sedap lagi tepung superfine.
Peminat Kek Marble, Boleh Cuba Kek Marble 4 Benua Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Khairunnisa Mohammad


