Mee

Resepi Rojak Mee Mamak Lengkap Dengan Cucur Kucai

resepi-rojak-mee-mamak-lengkap-dengan-cucur-kucai

Resepi Rojak Mee Mamak Lengkap Dengan Cucur Kucai

Pertama kali makan rojak mee nie sewaktu saya pergi ke kedai nasi kandaq mamak kat pekan kecil di daerah saya nie dengan bapa mertua saya. Dia beli bungkuih bawak balik makan di umah, try rasa, MasyaAllah sedapnya. Lepas pada tu, kalau pergi ja ke kedai makan mamak, menu wajib order mesti la rojak mee nie.

Sejak pendemik melanda negara nie, dah lama sangat dah tak pi kedai mamak walaupon bungkuih bawak balik sekalipon sebab tak mau tanggung risiko. Hari nie, anak tekak nie tiba-tiba teringin nak makan rojak mee nie. Mungkin sebab dah lama tak makan kot. Godek-godek la resepi dalam group nie. Apa lagi, hari nie kita bereksperimen la, jadi la menu minum petang merangkap ke malam untuk hari nie.

Boleh la makan walaupon tak Sama macam di kedai mamak nasi kandar tu. Di bawah nie saya ada sertakan sekali resepi dari kuahnya, cucuqnya hingga la ke bahan-bahan sampingan dan cara menyajikannya. Silakan share, saya halalkan.

Bahan-Bahan Untuk Kuah:

  • 4 biji ubi keledek direbus kemudian diblend dengan sedikit air
  • 4 sudu besar kacang tanah kisar
  • 2 keping gula kerek @ nisan (gula merah pon bleh)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Air secukupnya

Bahan Kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 15 biji cili kering
  • 1 inci belacan
  • 1/2 cawan udang kering

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula kerek.

2. Kemudian masukkan ubi keledek yang diblend tadi beserta kacang tanah kisar. Masukkan air (ikut la banyak mana kuah yang kita nak). Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Siap.

Bahan-Bahan Untuk Kuih:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis
  • Taugeh
  • Kucai
  • Garam & gula
  • Air secukupnya
Cuba Resepi Ni:  Resepi Mee Celup ala Thai

Cara Membuat:

1. Masukkan kesemua bahan di dalam bekas besar kecuali air. Gaul sebati. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang sesuai (tak cair & tak pekat).

2. Perap adunan selama 1 jam kemudian boleh la menggoreng. Bila dah siap, hiris atau gunting kecil-kecil untuk dimakan bersama dengan rojak mee nanti.

Bahan-Bahan Sampingan Lain:

  • 1 bungkus mee kuning yg dicelur
  • 1 batang timun dihiris kecil
  • 1 biji sedang ubi sengkuang
  • Fish ball secukupnya (digoreng)
  • Fish cake secukupnya (digoreng)
  • Tauhu secukupnya (digoreng)
  • Telur rebus
  • Taugeh yang dicelur
  • Ubi kentang direbus kemudian potong dadu
  • Cucuq dipotong kecil-kecil
  • Cili besar dipotong serong
  • Limau nipis
  • Daun bawang dipotong kecil-kecil

Cara Untuk Menghidangkanya:

  • Masukkan mee di dalam mangkuk, masukkan bahan-bahan sampingan, dan masukkan kuah kemudian kacau. Boleh la dimakan, selamat mencuba.
Resepi Rojak Mee Mamak Lengkap Dengan Cucur Kucai

Resepi Oleh: Shah Shatry