Resepi Masakan Mudah Daging Goreng Rempah
Mak suka masak daging ni campur dengan lada hitam yang ditumbuk kasar untuk anak menantu dia masa berpantang. Kitorang memang suka sangat makan lauk bila dalam pantang. Sedap yakmat uihh.
Harini Bapak mintak ibu masakkan daging goreng rempah ni. Dah jadi favourite dia sekarang ni. Tapi ada bahannya yang saya dah tambah sikit untuk dapatkan citarasa suami den ni ha.
Bahan-Bahan:
- Daging batang pinang (untuk dapatkan daging yang lembut)
- Rempah kari daging
- Rempah kari ikan
- Rempah kurma
- Gula nau sebesar ibu jari (optional)
- Garam
Bahan Hirisan:
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
- Kunyit hidup (optional)
Cara Memasak:
1. Daging yang dah di potong tu gaulkan dengan bahan hirisan tadi. Campur rempah kari daging, rempah kari ikan dan rempah kurma. Biarkan sekejap dalam 10 minit bagi diorang berbincang dulu dapat ke tak rentas negeri raya nanti.
2. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit hidup (ambik sikit daripada yang kita nak buat perap tadi).
3. Lepastu korang masukkanlah daging tadi. Gaul punya gaul punya gaul sampai rata dalam kuali kayangan korang tu.
4. Masukkanlah air sikit nak bagi rempah dan daging tadi berkuah sikit. Masak balik-balikkan sampai daging masak dan empuk.
5. Masak sampai pecah minyak tau. Selagi tak pecah minyak jangan berangan nak tutup api. Rotan tangan tu kang.
6. Last sekali bila dah nak masak perasakan dengan garam dan gula nau tadi. Rasa sedap ke tidak. Tak sedap pandai-pandailah adjust sampai sedap menjilat siku. Dah tutup api, taburkan bawang hiris dan daun sup. Dah siap!.
Resepi Oleh: Sarimah Salleh