Nachos Super Ranggup Bersama Daging Cincang Bolognese

Nachos Super Ranggup Bersama Daging Cincang Bolognese

Salam Jumaat mubarak korang, hari ni zie nak share resipi Nachos Super Ranggup bersama isi daging cincang bolognese. Faveret anak-anak ni sebelum ni asyik beli je harga pun boleh tahan. Sekarang dah buat sendiri rasa lebih jimat, sedap! dan puas makan.Jom tengok;

Bahan–Bahan:

  • 1 bungkus Roti Warp Tortilla

Bahan Cicah:

  • 1 pek daging cincang – Lalukan bawah air sebelum masak
  • 1/2 biji bawang besar dicincang
  • 1 ulas bawang putih dicincang
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 3 sudu besar Tarik-Tarik krimer sejat
  • 1 sudu kecil Serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil Serbuk lada hitam kasar
  • 1 sudu kecil origano
  • Garam, gula secukup rasa
  • Sedikit Air mengikut pekat atau cair bahan cicah yang disukai.

Cara Membuat:

1. Roti Warp Tortilla dihiris menjadi segi tiga dan goreng dengan api sedang sehingga perang. Setelah sejuk simpan dalam bekas kedap udara untuk kekal ranggup.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan daging dan tumis lagi hingga masak. Kemudian masukkan semua bahan berbaki satu persatu sambil kacau hingga sebati.

3. Bila semua bahan-bahan dah mendidih dan pekat bolehlah matikan api. Siap dan sedia dihidang.

Ramai Yang Dah Cuba Nachos Chips Ni, Rangup dan Sedap >> KLIK DI SINI

Nachos Super Ranggup Bersama Daging Cincang Bolognese

Resepi Oleh: Aisyah Humaira