Resipi Kuih Tradisional Cucur Jawa Sangat Mudah
Kuih my peberet sangat sangat. Rasa macam ala ala kuih peneram. Bancuh adunan malam esok pagi bangun goreng. Kuih ni saya peram diluar jer, tak perlu letak di peti ais sebab takde santan pun. Saya share resepinya di sini bagi sesiapa yang nak mencuba. Kita kongsi rezeki bersama.
Bahan-Bahannya:
- 1 cwn tpg beras (wajib ayak)
- 1 cwn tpg gandum (wajib ayak)
- 1/2 cwn gula merah (saya guna yang pek hijau)
- 1/2 cwn gula puteh
- 1/2 sk garam @ secubit rasa
- 1 cwn air suam
Cara Membuatnya:
1. Satukan gula merah dan gula puteh bersama air suam, larutkan. Dalam bekas lain, satukan tepung beras, tepung gandum dan garam, gaul serata semuanya.
2. Kemudian masukkan air gula tadi dan gaul sebati semuanya. Kemudian tutup bekas dan biarkan semalaman di luar sahaja (saya bancuh bancuhan di dalam bekas tapawe besar yang bertutup). Kuih ni lagi lama peram lagi cantek kejadiannya nanti.
3. Bila bangun esoknya, bancuhan cucur jawa tadi akan kelihatan sedikit likat. Tambah 3 sudu besar air masak dan gaul sebati. Adunan kuih ni tak boleh terlalu pekat atau tak boleh terlalu cair. Kena pandai agak-agak yer.
4. Minyak pun sama tak boleh terlalu banyak dan tak boleh terlalu sikit. Minyak kena betul-betul panas yer baru masukkan bancuhan sesenduk kecik. Jika minyak tak betul-betul panas, kuih tak menjadi macam sarangnya. Selamat mencuba, InsyaAllah dengan izinNYA.
Nota: Setiap kali nak goreng yang kedua kali dan seterusnya, jangan lupa kacau dulu yer adunannya.
Nak Lebih Sedap, Guna Gula Merah Asli Macam Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Riesha Liena


