Resepi Kuah Soto Makan Dengan Ketupat Nasi

Resepi Kuah Soto Makan Dengan Ketupat Nasi

Biasa masa dah nak masuk pertengahan raya, memang akan buat soto. Paling favorite soto nasi, kalau rajin celur bihun. Memang suka buat sendiri sebab lebih suka kuah yang berempah dan tak bening. Aku plan this weekend nak buat soto nasi. Dah merata dah aku buat soto ni. Pernah beberapa kali habis, masak lagi sekali. Ada tu suruh jual. Allahu kita tak larat wak. Tapi kalau nak resepi tu boleh aja. Soto Nasi, makan 10-15 orang.

Bahan-Bahan:

  • Ayam setengah ekor boleh, aku pakai ayam thigh dan peha 3 ketul
  • Ketupat segera – ikut suka

Bahan A : Dikisar

  • Bawang besar 3 bj
  • Bawang putih 6 bj
  • Halia 2 inci
  • Serai 2 batang
  • lengkuas 1 inci
  • Buah keras 2 biji
  • Kunyit hidup 2 inci

Bahan B: Dihiris

  • Bawang kecil 5 bj
  • Bawang putih 2 bj
  • Kulit kayu manis 1 btg besar
  • Bunga lawang 4 bj
  • Bunga cengkih 5 bj
  • Rempah Soto Mak Siti 30g – 1 paket

Aku memang pakai rempah soto Mak Siti je kalau buat soto, aku pernah pakai rempah soto lain tapi tak kena dengan tekak aku.

Bahan C: Hiasan

  • Kacang tanah digoreng
  • Daun sup
  • Taugeh (celur)
  • Bawang goreng
  • Ayam (koyak)

Bahan D: Kuah Kicap

  • Bawang putih 7 bj
  • Cili akar 30 bj
  • Kicap manis (ikut suka nak buat banyak mana)

Cara Memasak:

1. Pastikan dah rebus Ketupat segera lebih awal.

2. Cara buat Kuah Soto; Blend semua bahan (A). Hiris semua Bahan (B). Panaskan minyak, tumis bahan B sampai naik bau. Selepas tu masukkan bahan A dan tumis lagi sehingga naik bau.

3. Masukkan sepaket rempah soto. Masukkan sedikit air, kacau sehingga pecah minyak. Masukkan ayam, ayam tu aku tak potong. Tapi kalau korang beli setengah ekor potong besar-besar dah. Nanti kita hanya nak ambil isinya.

4. Masukkan air mengikut kuantiti kuah yang kita nak dan ikut rempah. Jangan cair sangat. Didihkan dan tunggu ayam masak. Masukkan garam dan bahan perasa kalau perlu. Tutup api. Ayam keluarkan. Toskan. Ayam tu kita akan goreng sebentar.

5. Cara buat Kuah Kicap; Panaskan minyak, goreng seminit bawang putih dan cili akar. Tuang kicap manis dalam blender, masukkan bawang putih dan cili. Blend sampai hancur, siap letak tepi.

6. Cara sediakan bahan hiasan; Bersihkan taugeh. Celur sekejap je dengan air panas. Hiris halus daun sup. Bawang goreng aku beli siap je.

7. Ayam tadi kita goreng seminit, nampak kekuningan dan angkat. Dah sejuk. Koyakkan isi ayam. Dan asing 1 pinggan. Tulang dia nak buang boleh nak letak dalam sup pun boleh. Siap!

8. Boleh dihidang. Aku tak letak resepi begedil. Korang tengok resipi begedil ni. Senang je. Kalau nak makan bersama mee pun boleh. Celur je.

Lebih Sedap Makan Dengan Sambal Kicap Johor Ni >> KLIK DI SINI

Resepi Kuah Soto Makan Dengan Ketupat Nasi

Resipi Oleh: Syalfarina Razali