Petua, Snek, snek

Cara Buat Bawang Goreng Rangup

cara-buat-bawang-goreng-rangup

Cara Buat Bawang Goreng Rangup

Bahan Utama:

Bawang kecil

Sediakan bekas dan alaskan dengan kitchen towel untuk menyerap minyak pada bawang goreng

Cara-caranya:

1. Bila dah kupas kulit bawang kecil, terus cuci dan toskan airnya. Kemudian hiris halus. JANGAN DAH HIRIS BARU NAK CUCI. Ia tak akan garing sampai bila-bila pun… hehehe…

2. Panaskan minyak yang banyak. Pastikan minyak sederhana panas. Sebaiknya, gunakan kuali non-stick.

3. Masukkan bawang yang dah dihiris ke dalam minyak panas dan kacau sekejap dengan menggunakan sudip penapis dengan api yang besar. Diamkan selama 1 minit. Kemudian kecilkan api. Kacau selalu supaya tak mudah hangus.

4. Kena banyak bersabar kalau nak hasil yang terbaik.

5. Bila sebahagian bawang dah mula bertukar warna kekuningan, continue kacau-kacau sampai bawang mula bertukar warna kekuningan semuanya tapi bukan warna coklat ya… INGAT, API MESTI SENTIASA KECIL JE.

6. Angkat kuali non-stick dari api, continue kacau-kacau lagi sampai dapat warna kecoklatan yang diingini. Jangan sampai gelap sangat warnanya sebab nanti rasanya pahit.

7. Angkat bawang goreng dengan sudip penapis tu sambil toskan minyaknya. Alihkan ke dalam bekas yang kita sediakan tadi. Biarkan betul-betul sejuk. Bila dah sejuk, ramas bawang goreng tu perlahan-lahan ye untuk meleraikan isi bawang yang melekat. Jangan lah ramas sekuat hati ikut perasaan pulak… hehehe….

8. Haaaaa… ni dia rahsia saya… saya gunakan bekas brand TUPPERWARE untuk bawang goreng saya untuk kekal rangup berbulan-bulan. Gunakan bekas TUPPERWARE yang tutupnya ditekan di tengah-tengah seperti dalam gambar. Pernah juga saya gunakan bekas lain yang tutupnya juga ditekan di tengah-tengah tapi cepat lemau. Hanya brand TUPPERWARE saja yang dapat menolong.

Cara Buat Bawang Goreng Rangup

Resepi Oleh: Aini Binte Madon