Resipi Apam Jagung Lemak Manis Memang Mudah
Dah lama tak buat apam jagung lemak manis ni. Apam peberet sangat ni, saya share yer resepinya. Kita kongsi rezeki dan ilmu bersama. Dapat 31 pcs apam.
Bahan-Bahan:
- 1 cwn penuh jagung creamy dalam tin (saya tambah 2sb lagi)
- 1 cwn air suam – Saya tambah air suam tadi sikit jer sebab pekat sangat. Nak bagi cair sikit jer.
- 1 cwn santan pekat – Saya guna santan kotak yg kecik tu
- 3/4 cwn gula
- 2 sk yis mauripan
- 1 sk baking powder
- 2 sb serbuk santan
- 1/2 sk garam
- 2 cwn tepung beras (ayak)
- 1 cwn tepung gandum (ayak)
- Pewarna kuning (Kalau ada kordial @ elmulco jagung buleh bubuh. Tak bubuh pun rasa jugak jagungnya.
Cara Membuatnya:
1. Satukan semua bahan-bahan dan mix atau blander semua bahan. Kalau blander semua bahan, jagung tadi akan hancur halus yer. Kalau mix, jagung tadi akan separa hancur. Ikut citarasa memasing. Saya suka mix sebab nanti bila makan, ada terasa sikit ketulan jagungnya.
2. Seterusnya, peram bahan selama 2 jam. Kemudian, boleh kukus selama 15 minit. Sapu acuan dengan sikit jer minyak supaya tak melekat nanti bila nak kuarkan apam. Masukkan apam bila air betul-betul mendidih dan air kukusan sedang-sedang jer, jangan terlalu banyak sangat.
Nota:
3 Rahsia Apam Jagung ‘Anti-Gagal’
- Pastikan Yis Masih Aktif (Jika Guna Yis) – Jika resipi anda menggunakan yis, pastikan ia berbuih apabila dicampur dengan air suam dan gula. Kalau tak berbuih, yis dah mati, buang dan ganti baru, jangan teruskan atau apam tidak akan naik.
- Kukus Dengan Api Sederhana – Jangan guna api terlalu besar kerana ia akan membuatkan permukaan apam menjadi “berkedut” atau merekah tidak cantik. Api sederhana memastikan wap air naik dengan sekata dan apam masak cantik.
- Balut Penutup Kukus – Ini tips klasik yang wajib buat! Balut penutup periuk kukus dengan kain bersih/tuala supaya air wap tidak menitis jatuh ke atas permukaan apam. Titisan air akan menyebabkan permukaan apam jadi “benyek” dan tidak licin.
Lebih Mudah Kalau Guna Alat Pengukus Elektrik Macam Ni >> Pengukus Elektrik

Resipi Oleh: Riesha Liena


