Resipi Temosa atau Karipap Inti Ikan Terengganu

Resipi Temosa atau Karipap Inti Ikan Terengganu

Temosa (karipap ikan) jarang jumpa di tempat lain. Biasa beli di Terengganu. Sesuai untuk makan pagi dan petang. Buat banyak boleh frozenkan. Nak berjerawat goreng minyak panas, nak kulit licin mulus goreng minyak sederhana panas, tetap rangup.

Bahan Kulit Karipap:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 sudu besar planta
  • Air garam

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dan planta sehingga betul-betul panas. Tuang minyak panas ke dalam tepung, gaul dengan senduk bagi sebati, kemudian gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Air garam yang dibancuh tadi dituang ke dalam tepung sedikit demi sedikit, sehingga menjadi doh tidak melekat di tangan. Tutup doh dengan tuala dan biarkan selama 30 minit.

3. Ambil doh buat bulat-bulat kecil. Leperkan doh supaya jadi kepingan-kepingan, saya guna mesin je, mula-mula ambil no 1, pastu no 4.

4. Letak kepingan di atas acuan dan masukkan inti ikan atas kepingan karipap tu. Kemudian sebelum nak tutup acuan tu pastikan letak air di keliling kemudian baru tutup acuan supaya kulit karipap tu tak terbuka semasa nak goreng nanti.

5. Buka acuan dan keluarkan karipap tadi dan susun ke dalam tray. Boleh la menggoreng. Kalau nak buat karipap frozen pastikan karipap tu digoreng separuh masak atau boleh juga bakar dalam oven.

Bahan-Bahan Inti Ikan:

  • 1 kg ikan selayang/kembung/mata besar – direbus dan buang tulang, ambik isinya sahaja.
  • 1 kotak santan @ 1 biji santan kelapa
  • 1 sudu besar halba
  • 5 biji bawang merah kecik (diracik halus-halus/mayang)
  • 2 inci Halia Mayang halus
  • 1 sudu kecil serbuk lada Hitam (jika suka)

Cara Membuat:

1. Isi ikan dihancurkan, saya guna garfu sahaja. Kemudian masukkan ke dalam kuali. Masukkan santan. Masukkan juga bawang yang diracik atau dimayang halus, serbuk lada hitam dan halba. Gaul sehingga sebati.

2. Masukkan garam dan gula ikut citarasa masing-masing. Buka api dan kacau sehingga kering, saya letak air rebusan ikan sedikit sebab santan kotak pekat. Jangan terlalu kering macam inti popia simpul ye, biar lembab sikit.

Alhamdulillah goreng 6 pagi, rangup sampai makan yang last 1 petang. Dapat dalam lebih kurang 80 hingga 90 biji. Selamat mencuba.

Cuba Karipap Mini Rangup Ni Juga, Memang Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Temosa atau Karipap Inti Ikan Terengganu

Resipi Oleh: Nur Masri