Resipi Bengkang atau Bingka Ubi Kayu

Resipi Bengkang atau Bingka Ubi Kayu

Sebut sahaja Bingka Ubi Kayu (bengkang ubi), pasti kita terbayang keharuman aromanya yang semerbak memenuhi ruang dapur sewaktu dibakar. Kuih tradisional ini mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana teksturnya yang padat tetapi lembut, diserikan pula dengan rasa lemak manis santan yang seimbang serta lapisan kerak luar yang garing berkaramel.

Untuk menghasilkan bingka ubi yang sempurna, kita tidak memerlukan bahan yang rumit. Bagaimanapun, terdapat beberapa teknik penting yang perlu difahami agar bingka yang dihasilkan tidak terlalu keras, tidak terlalu lembek, dan mempunyai tekstur yang licin apabila dipotong.

Jom cuba resipi bengkang atau bingka ubi kayu yang dikongsikan oleh Fifa Ayu;

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan penuh padat ubi parut/kisar
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh garam
  • Beberapa titik pewarna kuning
  • 2 sudu besaq marjerin @ butter yang dicairkan

Cara Membuat:

1. Kupas kulit sampai ubi licin, ubi kayu dalam sekilo lebih. Tak guna habih pun, kalau ubi elok, dia kaler putih dan macam rapuh. Boleh parut atau blend terus tak perlu tapis atau perah sebab ayaq dia tak pahit pun.

2. Sukat 4 cawan penuh ubi dan masukkan dalam bekas. Taruk air, santan pekat, gula, garam dan pewarna (kami guna kaler kuning telur oil base). Kemudian kacau sampai sebati. Kalau guna santan kotak boleh masukkan 2 sudu besar majerin atau butter yang dicairkan (optional). Kacau sebati.

3. Adunan yang dah siap, masukkan dalam loyang yang dah digris dan dilapik baking paper. Kami guna loyang 8 inci, so bengkang kita tak terlalu tinggi atau rendah, rendang elok ja.

4. Bakar dengan suhu 180c selama lebih kurang 1 1/2 jam. Ikut oven masing-masing ya. Siap bakar, boleh letak majerin atau butter dan sapu dekat atas bingka. Baru nampak cantik berkilat dan kerak dia pun sedap.

5. Bila dah sejuk atau suam-suam sikit dah boleh keluaq loyang dan potong. Semoga bermanfaat. Kejadian bingka ubi, rasa dia sedap secantik rupa dia.

Boleh Guna Loyang 8 Inci Macam Ni Untuk Bingka Masak Lebih Elok >> LOYANG 8 INCI

Resipi Bengkang atau Bingka Ubi Kayu

Resipi Oleh: Fifa Ayu