Resipi Apam Nasi Lembut dan Gebu
Alhamdulillah, rezeki pagi ini, apam nasi. Selamat bersarapan semua.
Hari ni saya nak kongsikan resepi apam nasi sukatan cawan yang lembut dan gebu. Membuat apam nasi sangat mudah sebab hanya perlu gunakan sukatan cawan dan blender. Kos bahan-bahannya pun sangat murah dan mudah untuk didapati. Satu adunan dapat lebih kurang 96 hingga 100 biji. Ada yang jual sebiji 50 sen hingga 60 sen. Saya tak jual saya cuma kongsikan resepinya sahaja, sebab selalu beli anak suka.
Bahan-Bahan:
- 2 cawan nasi
- 3 cawan air
- 1 cawan gula
Kisar semua bahan di atas menggunakan blender sehingga nasi hancur dan halus.
- 2 cawan tepung peras
- 2 cawan tepung gandum
- 1 paket yis mauripan
- Sedikit garam
Campurkan semua bahan di atas dalam mangkuk adunan.
Cara Membuat:
1. Tuang bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas adunan tepung-tepung dan mauripan. Kacau sebati penggunakan whisk (kalau rasa nak blender sekali pun boleh).
2. Kemudian, perap bahan selama 1/2 jam lebih atau sampai naik. Kacau semula adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
3. Tuang 3/4 atau hampir penuh ke dalam acuan twister yang disapu dengan sedikit minyak. Kukus selama 15 – 20 minit. Hidangkan dengan kelapa parut putih dicampur dengan sedikit garam (kelapa dikukus seketika). Selamat mencuba.
Guna Pengukus Macam Ni Baru Apam Masak Dengan Sempurna >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nur Masri


