
Resepi Mudah Blueberry Cheese Butter Cake
Dah lama tak singgah sini. Kita nak habiskan stök bahan baking yang ada je tadi. Maka terjadilah Blueberry Cheese Butter Cake tadi petang. Harum semerbak satu rumah! Yang nak cuba buat kek ni bolehlah ikut resepi mudah ini.
Bahan-Bahan:
- 250gm Pure Butter
- 250gm Cream Cheese
- 1 1/4 Gula Kastor
- 3 biji Telur (gred A)
- 75ml Susu full cream
- 2 1/4 cawan Tepung Naik Sendiri
- Sedikit Esen Vanilla
- Blueberry filling secukupnya
Cara Membuat:
1. Pukul butter dan gula kastor sehingga berkrim. Masukkan telur satu persatu bersama esen vanilla hingga sebati. Kemudian masukan cream cheese, susu full cream dan pukul lagi hingga sebati.
2. Akhir sekali, masukkan tepung yang telah diayak dan pukul sebati. Panaskan oven 180°c terlebih dahulu dan griskan loyang 9×9 (saya guna loyan 8×8 jer).
3. Tuang sebahagian adunan ke dalam loyang dan ratakan guna spatula. Paipkan blueberry filling atas adunan secara dot dot. Masukkan lebihan adunan lagi ke dalam loyang sehingga habis.
4. Hentak hentak manja sikit loyang tu ye. Pastu paip blueberry filling kat atas adunan ikut kreativiti masing masing. Bakar dalam oven pada suhu 150-160°c selama 1 jam hingga masak. Selamat mencuba.
Dari kanak kanak sampai orang tua sukakan kek ni. Kejap je abis kena usung masuk mulut. Kalau korang pun suka, silalah SHARE, Share jelah, walaupun taktau bila nak membuatnya kan?.
Resepi Oleh: CikPuan SitiMasitah