
Resepi Bomboloni Dengan Blueberry Cheese Filling
Lama betul menyepi. Bercuti sekejap dengan family. Walaupun hanya dalam negeri. Janji happy. Ehh macam pantun pulak. Balik dari bercuti terus masuk opis (dapur). Settle kan Blueberry Cheese Bomboloni. Buat untuk minum petang dan hidangkan untuk tetamu datang.
Faa buat bomboloni resipi versi donut kampung je tapi bila makan dengan inti Blueberry Cheese menggunakan Cottura Cream Cheese dan Blueberry Fruttose Filling, rasa terus bertukar jadi mewah, sedap dan elegance.
Portion: +-20 pcs
Bahan Donut:
- 1 + 1/4 cawan air suam
- 2 + 1/2 sudu besar gula
- 2 + 1/2 sudu besar susu manis
- 1 paket (11gm) yis
- 500gm tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 + 1/2 sudu besar marjerin
Bahan lain:
- 2 cawan minyak masak
- 2 sudu besar marjerin
Cara Membuat:
1. Satukan air suam, gula, susu manis dan yis. Kacau dan biar mengembang 2 kali ganda dalam 1/2 jam. Sementara itu, satukan tepung gandum, baking powder dan garam, kacau hingga sekata.
2. Tambah marjerin dan gaul guna hujung jari sehingga menjadi tekstur berpasir. Tuang adunan yis yang dah kembang tadi. Gaul dan uli hingga menjadi doh.
3. Tutup mangkuk, biar ditempat yang agak panas. Biar doh mengembang 2 kali ganda selama 1 jam. Bila doh dah mengembang, uli lagi sehingga mendapat doh yang licin dan tak melekat di jari.
4. Ambil sedikit doh dan bulatkan. Timbang untuk sebiji bomboloni lebih kurang 40gm. Susun atas loyang yang ditabur tepung. Buat sehingga habis. Biarkan 1/2 jam sehingga mengembang sedikit lagi.
5. Panaskan minyak dan marjerin, guna api sederhana. Bila minyak dah panas, goreng donut tadi hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Goreng sehingga habis. Siap dan ketepikan.
Bahan Blueberry Cheese Filling:
- 1 kotak Cottura Cream Cheese
- 3 sudu besar gula aising
- 3 sudu besar @fruttose_malaysia Blueberry Filling
Bahan lain:
- 1 cawan gula halus
Cara Membuat:
1. Kisar atau pukul guna mixer semua bahan filling. Masukkan dalam piping bag/ziplock bag. Sejukkan sebentar dalam chiller.
2. Gaul donut dengan gula halus. Lubangkan ditengah donut. Pipekan filling yang dah sejuk tadi. Siap.
Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo