Sarapan

Cara Buat Tosei, Idli Dan Chutney Kelapa

cara-buat-tosei-idli-dan-chutney-kelapa

Cara Buat Tosei, Idli Dan Chutney Kelapa

Bahan Buat Tosei:

  • 1 cawan kacang ulunthu
  • 2 cawan beras
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 cawan nasi sejuk

Cara Membuat:

1. Basuh kacang ulunthu rendam dalam air sekurang-kurang 6 jam atau semalaman. Basuh beras dan halba, rendam sekurang-kurangnya 6 jam atau semalaman. Jika nak buat petang rendam malam, pagi mula mengisar dan jika nak buat pagi, petang rendam, malam mula mengisar.

2. Toskan ulunthud dan beras yang direndam, kisar bersama nasi sejuk ketiga-tiga bahan tersebut dengan sedikit air. Pasti kisaran anda jangan terlalu cair. Kisar sehingga betul-betul halus, kemudian masukkan garam.

3. Masukkan adunan itu dalam bekas yang besar dan peram semalaman atau 8 jam. Jangan terlalu lama peram. Adunan akan menjadi bertambah masam. Sekiranya ingin simpan adunan yang berlebihan simpan di dalam peti sejuk. Boleh digunakan kembali untuk 2-3 hari.

4. Jika guna food processor boleh je kisar semua bahan sekali, jika guna blender boleh kisar ulunthu berasingan degan beras sebab beras lambat halus berbanding ulunthu. Biasanya adunan akan bertambah dua kali kuantiti yang asal selepas diperam.

5. Panaskan kuali leper, lenserkan minyak pada kuali, ceduk penuh adunan dengan senduk dalam dan tuang di tengah kuali leper. Kemudian buat putaran menggunakan bawah senduk sehingga tepung anda menjadi nipis dan bulat.

6. Tutup permukaan tosei dengan penutup periuk untuk memastikan bahagian atas masak. Api dapur perlu sentiasa dijaga. Tosei masak dengan cepat 1-2 minit, jika suka garing boleh lebihkan masa. Keluarkan tosei anda dan lipat. Tosei boleh makan dengan kuah dhal, Kari, dan chutney kelapa.

Cara Buat Tosei, Idli Dan Chutney Kelapa

Cara Buat Idli:

  • Bahannya sama seperti tosei.
Cuba Resepi Ni:  Resepi Cucur Sayur

Cara-Cara penyediaan idli:

1. Lenserkan minyak pada acuan (Saya guna acuan lompang je). Masukkan adunan tosei ke dalam acuan. Kukus 15-20 minit. Sejukkan dulu, baru keluarkan daripada acuan.

Cara Buat Tosei, Idli Dan Chutney Kelapa

Resepi Chutney Kelapa

Bahan A:

  • 1/2 bj kelapa parut
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 bj Cili hijau jika ingin pedas guna cili padi
  • 1cm halia
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1sudu besar air Asam jawa
  • Minyak

Bahan B:

  • 2 biji bawang merah
  • 5 biji Cili kering
  • 2 tangkai Daun kari
  • 2 sudu Minyak masak
  • 1 sudu kecil biji sawi

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak, masuk bahan A kecuali kelapa, masak hingga layu. Kemudian masukkan kelapa sangai sekejap. Biarkan sejuk. Kemudian masukkan di dalam mesin pengisar dan blend sehingga halus dengan sedikit air.

2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau. Akhir sekali masukkan bahan A yang dikisar dan kacau rata. Sedia untuk dihidang.

Cara dan bahan memasak mungkin tidak sama bagi setiap individu. Selamat Mencuba.

Cara Buat Tosei, Idli Dan Chutney Kelapa

Resepi Oleh: Nur Masri