Kek Batik Indulgence Dengan Lapisan Mousse Coklat
Inspired by Mr Ali. Saya ejas sikit-sikit ikut bahan-bahan yang ada kat rumah. Nak tau rasa dia? Sumpah sedap giler. Tapi biasa la amatur, comot lagi keknya. Haha. Tq Mr Ali, semoga makin murah rezeki berkongsi ilmu. Saya panjangkan resipi yang dah ejas kat sini ye. Jom kita tengok. Guna loyang 7″ inci.
Bahan Lapisan Kek Batik:
- 300 gram biskut marie
- 130 gram pure butter (anchor)
- 1/4 cawan susu pekat
- 1/2 cawan milo
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1 sudu makan PEANUT BUTTER smooth (optional)
- 3/4 cawan full cream milk
Bahan Lapisan Mousse:
- 250 gram cream cheese
- 2 sb gula icing
- 160 gram dairy whipping cream (anchor) + 1 sudu makan gula icing
- 2 titik YL grapefruit/lemon eo
Bahan Lapisan Ganache:
- 150 gram dark cooking chocolate
- 100g whipping cream
- 1 sb butter
Cara Membuat:
Lapisan Kek Batik –
1. Cairkan 130 gram butter atas kuali. Butter pastikan suhu bilik, dengan api perlahan. Bila dah cair sepenuhnya, TUTUP API dan masukkan susu pekat, milo, serbuk koko, fresh milk atau full cream milk dan peanut butter.
2. Seterusnya, BUKA API, PERLAHAN SAHAJA API TU, dan kacau semua bahan tadi sehingga sebati dan pekat. Jangan cair sangat atau pekat sangat. Sampai warna sos tu sekata dan tiada ketul-ketul. Kalau ketul-ketul halus tidak mengapa.
3. Bila dah sebati TUTUP API, biarkan dalam 2 minit baru masukkan 300 gram biskut marie yang dipatahkan kecil-kecil. Gaul sebati. Dah sebati dengan biskut, terus masukkan ke dalam loyang. Mampatkan. Setkan dalam peti sejuk bahagian chiller biasa tu dalam sejam.
Lapisan Mousse –
4. Putar 250 gram cream cheese selama 2-3 minit (pastikan cream cheese sudah berada pada suhu bilik). Masukkan gula icing. Sambung putar dalam 2-3 minit sehingga sebati. Dah sebati ketepikan sekejap.
5. Pada bowl yang lain putar 160 gram dairy whipping cream + 1 sudu makan gula icing sehingga kental. Kental means bila kita angkat cream, cream tak jatuh. So stop beat. Kena hati-hati jika sambung beat even cream dah kental elok terus akan jadi overbeat.
6. Kaup balik cream cheese tadi dengan whipping cream yang diputar kental tadi sehingga sebati. Dah sebati je stop kaup. Isikan mousse tadi ke atas lapisan kek batik yang telah kita setkan. Ratakan dan setkan selama sejam dalam peti bahagian chiller biasa.
Lapisan ganache –
7. Panaskan whipping cream dan chocolate. Bila chocolate separa cair, tutup api. Kacau sebati. Masukkan butter. Kacau lagi. Biar selama 10 minit, tuang dalam loyang. Setkan semalaman, potong cantik-cantik.
Tips:
- Loyang alaskan dengan baking paper.
- Pisau tu celup air panas dulu sebelum potong. Tiap kali potong, lap pisau dan celup air panas lagi, buat sampai habis.
Ya Allah sedapnye. Sikit pun saya tak tipu.
Ramai Yang Dah Cuba Kek Batik Kampung Ni, Rasa Moist dan Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Rumey Made


