Resepi mudah Super Soft Marble Butter Cake, oreo tu favourite anak so mama nya letak atas kek buat hiasan.
Resepi Super Soft Marble Butter Cake
Bahan-Bahan:
- 250 gm mentega premium – dicair dan sejukkan
- 6 biji telur gred B
- 3/4 cawan gula kastor (dekat 1 cawan)
- 1/4 cawan susu cair
- 1 sdk esen vanilla
- 1 sdb ovallete
- 1 sdb baking powder
- 3 sdb susu tepung full cream
- 2 cawan tepung gandum
Bahan-Bahan Untuk Corak Marble:
- 1 senduk adunan kek (plain)
- 1 sdb red velvet emulco
- Beberapa keping biskut oreo – dibuang krim
Cara Membuat:
1. Putarkan semua bahan-Bahan adunan kecuali butter cair hingga gebu dan putih. Masukkan butter cair, kaup balik perlahan-lahan dengan spatula hingga rata.
2. Masukkan 1 senduk adunan (plain) kek ke dalam mangkuk, masukkan red velvet emulco. Kacau hingga sebati. Kemudian tuang adunan plain berselang seli dengan adunan red velvet tadi kedalam loyang saiz 8″ yang telah dialas baking paper.
3. Akhir sekali lorek adunan dengan chopstick dan letakkan biskut oreo atas adunan kek. Panaskan oven selama 5 minit dan bakar pada suhu 160°c selama 50 minit atau hingga kek masak.
4. Bila kek dah masak, cepat-cepat terbalikkan atas redai yang disapu butter dan keluarkan loyang. Selepa 10 minit terbalikkan semula atas papan kek. Siap untuk hidangan minum petang.
Resepi Oleh: Rozmaliza Omar