Kek

Resepi Kek Marble Red Velvet Cream Cheese

resepi-kek-marble-red-velvet-cream-cheese

Resepi Kek Marble Red Velvet Cream Cheese

Bahan-Bahan:

  • 3/4 cawan unsalted butter
  • 120gm cream cheese
  • 1 1/2 cawan gula pasir halus
  • 1 sudu besar minyak masak/canola oil
  • 3 biji telur saiz besar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan tepung kek (boleh juga guna tepung superfine blue key)

Siapkan pula bahan-bahan untuk campuran red velvet (untuk sebahagian adunan kek nanti):

  • 1/2 sudu besar serbuk koko (unsweetened)
  • 1/2 sudu besar pewarna merah
  • 1/2 sudu besar air panas

+ Campurkan kesemuanya dan kacau sebati. Ketepikan.

Penyediaan Kek:

1. Mula-mula masukkan mentega dan cream cheese ke dalam satu bekas. Menggunakan pengadun elektrik, pukul bahan-bahan selama 2 minit, dengan kelajuan tinggi.

2. Setelah itu, masukkanlah gula pasir dan minyak masak. Pukul bahan-bahan selama 5 minit, dengan menggunakan skala tinggi, sehingga adunan bertukar pucat.

3. Seterusnya masukkan telur satu persatu. Pukul sebati. Sebiji telur dipukul anggaran satu minit atau sehingga kuning telur tidak kelihatan.

4. Kemudian masukkan esen vanila dan garam. Pukul dengan skala rendah dan bahan-bahan sekadar bercampur rata.

5. Setelah itu, masukkan tepung dengan dua kali masukan. Pukul sebati dengan skala rendah, sekadar bahan2 bercampur rata dan tiada ketulan2 tepung kelihatan.

6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dibiarkan dengan warna asal. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan campuran red velvet yang telah disiapkan awal tadi.

7. Siapkan loyang pilihan. Saya guna loyang bulat 7 inci. Waktu ini, bolehlah panaskan oven dengan suhu 160C. Loyang disapu mentega dan di alas dengan kertas baking di dasar dan keliling loyang.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Pisang Emas

8. Seterusnya, masukkan adunan kek secara berselang seli antara warna asal dan warna red velvet. Ulang proses sehingga adunan habis.

9. Kemudian, buat lorekan atas adunan kek menggunakan lidi satay. Bakar selama 1 jam 10 minit atau sehingga masak.

10. Saya bakar dengan api atas bawah selama 50 minit. 20 minit yang terakhir, saya gunakan api bawah sahaja. 10 minit terakhir, saya tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Oven saya cepat panas. Inilah cara saya untuk pastikan kek saya masak sekata.

11. Sejukkan kek yang siap di bakar selama 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.

Siap Resepi Kek Marble Red Velvet Cream Cheese yang mudah dan sedap.

Resepi Kek Marble Red Velvet Cream Cheese

Resepi Oleh: Suriea Mohd Noor