Resepi Kuey Teow Goreng ala Thai
Hari ni akak masak simple je untuk dinner, kuey teow goreng ala Thai. Anak-anak suka rasanya yang masam pedas.
Bahan-Bahan:
- 450 gram kuey teow
- 200 gram udang dibuang kulit kecuali ekornya
- 2 keping fish cake dipotong-potong
- 6 bj fish ball dihiris-hiris
- Hirisan daun kucai secukupnya
- Daun ketumbar secukupnya
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos ikan
- 2 sudu teh air limau nipis
- Serbuk perasa secukupnya (saya guna Maggi Cukup Rasa)
- Serbuk cili kasar secukupnya
Bahan Kisar:
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 bj cili merah
- 5 bj cili padi merah (ikut kepedasan)
Cara Membuat:
1. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan sos tiram, sos ikan dan serbuk perasa. Kacau sebati.
2. Masukkan fish cake dan fish ball. Tumis hingga masak. Masukkan udang. Masak hingga udang berubah warna. Masukkan air limau nipis. Kacau rata.
3. Seterusnya, masukkan kuey teow. Sebatikan dan masak sekejap sambil dikacau. Masukkan hirisan daun kucai dan daun ketumbar. Kacau sebati. Tutup api dan taburkan serbuk cili kasar.
Resepi Oleh: Eka Zahra