Puding

Resepi Puding Biskut Marie Berlapis Cantik

resepi-puding-biskut-marie-berlapis-cantik

Resepi Puding Biskut Marie Berlapis Cantik

Puding biskut marie dah serupa kek lapis kejadiannya.

Bahan-Bahan:

  • Sepaket biskut marie putih
  • Sepaket serbuk agar-agar 10g
  • 4 cawan setengah air
  • 1/2cawan gula
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan santan kara-campur sedikit air
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 sudu besar [email protected] – nina guna marjerin je
  • esen pandan & esen vanila
  • secubit garam

Cara Membuat:

1. Satukan telur, susu cair, santan, dan kastard dalam bekas. Whisk semua bahan sebati hingga tak berketul. Dalam periuk, masak agar-agar, gula, air hingga larut dan tambahkan butter atau marjerin.

2. Masukkan bahan yang dah diwhisk tadi dan masak hingga sedikit pekat. Jangan pekat sangat, kemudian masukkan esen vanila serta garam dan matikan api.

3. Basahkan loyang dengan sedikit air dan bahagi adunan kepada 2 warna (1 warna pandan dan 1 lagi vanila). Tuang lapisan kuning dalam loyang dan ratakan. Kemudian susun biskut di atasnya dan biarkan mengeras sekejap, nina masukkan dalam peti ais seketika.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mudah Puding Laici Style Zaman 90an

4. Kemudian tuang pula adunan pink dan susun biskut. Ulang langkah di atas hingga habis kesemua adunan. Sejukkan semula puding biskut dalam peti ais lebih kurang 2 jam. Siap.

Nota: Tips nak mudah keluarkan dari loyang, layer yang first tu kena sedikit tebal dan betul-betul memenuhi permukaan loyang. Jika adunan mengeras, boleh panaskan balik.

Resepi Puding Biskut Marie Berlapis Cantik

Resepi Oleh: Raja Amanina