Kek

Kek Marble Red Velvet Cream Cheese

kek-marble-red-velvet-cream-cheese

Kek Marble Red Velvet Cream Cheese

Guna bekas yang ini, mudah nk beri sebagai buah tangan. Kita pernah kongsikan resepi di sini dan ada yang dah mencuba dengan guna bekas aluminium macam ni. So, kita pun nk cubalah, sambil-sambil adjust masa membakar.

Alhamdulillah, kita share lagi ye resepi. Satu adunan boleh dapat 3 bekas aluminium yang saiz 20x11x6cm. Berat adunan dalam setiap bekas adalah 268/269g. Masa membakar boleh dikurangkan kepada 50 ke 60 minit.

Bahan-Bahan Untuk Kek Marble: Semua bahan perlu berada pada suhu bilik

  • 3/4 cawan unsalted butter
  • 120gm cream cheese
  • 1 1/3 cawan gula pasir halus (boleh kurang kepada 1 cawan juga)
  • 1 sudu besar minyak masak/canola oil
  • 3 biji telur saiz besar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan tepung kek (boleh juga guna tepung superfine blue key)

Bahan-Bahan Untuk Campuran Red velvet: Untuk sebahagian adunan kek nanti

  • 1/2 sudu besar serbuk koko (unsweetened)
  • 1/2 sudu besar pewarna merah
  • 1/2 sudu besar air panas

+ Campurkan kesemuanya dan kacau sebati. Ketepikan.

Cara Penyediaan:

1. Mula-mula masukkan mentega dan cream cheese ke dalam satu bekas. Menggunakan pengadun elektrik, pukul bahan-bahan selama 2 minit, dengan kelajuan tinggi.

2. Setelah itu, masukkanlah gula pasir dan minyak masak. Pukul bahan-bahan selama 5 minit, dengan menggunakan skala tinggi, sehingga adunan bertukar pucat.

3. Seterusnya masukkan telur satu persatu. Pukul sebati. Sebiji telur dipukul anggaran satu minit atau sehingga kuning telur tidak kelihatan.

4. Kemudian masukkan esen vanila dan garam. Pukul dengan skala rendah dan bahan-bahan sekadar bercampur rata.

5. Setelah itu, masukkan tepung dengan dua kali masukan. Pukul sebati dengan skala rendah, sekadar bahan-bahan bercampur rata dan tiada ketulan-ketulan tepung kelihatan.

6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dibiarkan dengan warna asal. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan campuran red velvet yang telah disiapkan awal tadi.

7. Siapkan loyang pilihan. Saya guna loyang bulat 7 inci. Waktu ini, bolehlah panaskan oven dengan suhu 160C. Loyang disapu mentega dan di alas dengan kertas baking di dasar dan keliling loyang.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Kek Berlapis

8. Seterusnya, masukkan adunan kek secara berselang seli antara warna asal dan warna red velvet. Ulang proses sehingga adunan habis. Kemudian, buat lorekan atas adunan kek menggunakan lidi satay.

9. Bakar selama 1 jam 10 minit atau sehingga masak. Saya bakar dengan api atas bawah selama 50 minit. 20 minit yang terakhir, saya gunakan api bawah sahaja. Masa bergantung kpd oven masing-masing ye.

10. Ada yang guna masa 10 minit sahaja. 10 minit terakhir, saya tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Oven saya cepat panas. Inilah cara saya untuk pastikan kek saya masak sekata.

11. Sejukkan kek yang siap dibakar selama 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.

Kek Marble Red Velvet Cream Cheese

Bahan-Bahan Cream Cheese Frosting:

  • 1/2 cawan (115gm) unsalted butter pada suhu bilik
  • 8 auns (226gm) cream cheese pada suhu bilik
  • 2 cawan (240gm) powdered sugar/icing sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Membuat:

1. Menggunakan pengadun eletrik, pukul cream cheese sehingga kelihatan licin (smooth). Tambahkan mentega dan pukul lagi anggaran 30 saat hingga 1 minit.

2. Seterusnya masukkan gula dan esen vanila. Pukul hingga adunan bercampur sekata dan sebati. Masukkan ke dalam piping bag. Paipkan ke atas kek.

3. Kemudian, ambil sedikit pewarna merah dan titik-titik ke permukaan kek. Gunakan lidi satay, buat lorekkan.

Kek Marble Red Velvet Cream Cheese

Resepi Oleh: Suriea Mohd Noor