Pastry

Resepi Hokkaido Cheese Tart

resepi-hokkaido-cheese-tart

Dah lebih 3 tahun tak buat tart, hari ni ada kerajinan yang lebih sedikit dari semalam maka dapatlah minum petang dengan Hokkaido Cheese Tart yang super flaky and sedap ni. Sapa nak puji kalau tak diri sendiri, ada ke yang nak resepi? Rasanya ramai yang pandai buat tart ni.

Resepi Hokkaido Cheese Tart

Bahan-Bahan:

The Shells –

225gm salted butter (dilembutkan)
75gm gula castor
3 bj kuning telur – suhu bilik
1sdb vanilla extract
Parutan kulit lemon (dari 1 biji lemon)
3 cwn tepung gandum

Filling –

250gm cream cheese
250gm mascarpone cheese
75gm Parmesan cheese
2 1/2 sdb salted butter
200ml susu segar
90gm icing sugar (diayak)
21/2sdb tepung jagung (diayak)
1 sdb vanilla extract
21/2 sdb lemon juice
2 bj telur (dipukul sedikit)
2-3 bj kuning telur (untuk digris bahagian atas tart)

Cara Buat:

Shells –

1. Masukkan butter dan gula castor ke dalam mangkuk dan sebatikan dengan menggunakan senduk atau spatula. Masukkan kuning telur, vanilla extract dan parutan kulit lemon. Sebatikan.

2. Akhir sekali masukkan tepung digaul rata dan sebati (boleh guna tangan) tapi dont over mix. Masukkan doh dalam cling flim dan sejukkan dalam fridge lebih kurang 1 jam. Sementara menunggu doh sejuk kita boleh buat cheese filling ye.

Cheese Filling –

1. Gguna periuk tebal dan nonstick ye, api sederhana je. Masak 3 jenis cheese di atas bersama dengan susu dan butter. Masak sehingga kesemua cheese mencair. Then masukkan gula icing, tepung jagung dan kacau sehingga sebati.

2. Akhir sekali masukkan telur, vanilla extract dan lemon juice. Teruskan memasak sehingga adunan cheese mengental. Tapis adunan cheese untuk mendapat texture yang halus dan licin. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam piping bag. Masukkan semula ke dalam peti sejuk dalam 1 jam.

Assembling –

1. Keluarkan doh dari peti sejuk, ambik sedikit doh dan tekan dalam acuan tart sehingga mendapat bentuk yang sekata. Potong lebihan doh menggunakan pisau. Buatlah sehingga selesai dan cucuk doh dengan garpu. Masukkan doh ke dalam peti sejuk dalam 10 minit sebelum dibakar.

2. Bakar in a preheated oven di tingkat paling bawah pada suhu 170ºC for 15 minutes. Sejukkan sebelum di keluarkan dari acuan. Ketuk sedikit di belakang acuan tart untuk keluarkan shells.

3. Paipkan filling ke dalam shells tart. Masukkan tart ke dalam peti sejuk selama 30 minit seblum dibakar untuk keraskan sedikit filling cheese tu supaya senang untuk disapu kuning telur nanti.

4. Keluarkan dari peti sejuk dan brush kuning telur dia atas filling ye. Bakar dalam 15 minit atau sehingga kuning telur kelihatan sedikit perang atau erti kata lain masak ye. Enjoy!

Resepi Hokkaido Cheese Tart

Resepi Oleh: Alin Danial