Mee

Resepi Mee Rebus Berkuah Daging

resepi-mee-rebus-berkuah-daging

Resepi Mee Rebus Berkuah Daging

Bahan-Bahan:

1 kg Mee Kuning (dicelur)
150 gm Taugeh
2 pucuk daun sup – di potong kasar
Limau Kasturi – di belah dua
Cili hijau di hiris-hiris
Bawang merah goreng
Telur rebus – dibelah dua
Kicap manis

Bahan Kuah Mee Rebus –

2 biji Keledek Oren (Sederhana Besarnya – dibuangkan kulit dan di rebus dalam air garam)
2 biji ubi Kentang (Russett Potatoes – dibuang kulit dan di rebus bersama keledek)
250gm Daging Tetel – dihiris-hiris
3 biji Bawang Besar
4 ulas Bawang Putih
6 cm halia
1.5cm kunyit hidup

+ Bahan atas, kunyit, bawang & halia (di kisar halus)

4 sudu besar towchu
2 buah tomatoes di potong dadu
3 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 batang kayu manis
1.5 cili kisar
1 kuib knor ikan bilis
4 sudu besar udang gragau – di tumbuk halus
1.5 mangkuk air assam
1.5 sudu besar ‘cornstarch’ serbuk jagung
1 ltr air rebusan
Minyak memasak
Garam & gula secukup rasa

Cara Masak:

1. Rebus keledek dan ubi kentang hingga masak dan lenyekkan di periuk yang besar. Panaskan minyak, letakan bahan kisar cili kisar dan goreng rempah-rempahnya bersama kayu manis, bila bangkit, masukan daging tetelannya.

2. Gaulkan dan goreng sementara, kemudian masukkan serbuk kari daging dan serbuk jintan di kacau hingga sebati. Masukan tomatoes yang di potong dadu kecil, 1 kuib knor ikan bilis, air 3 cawan besar.

4. Masukkan towchu yang dilenyekkan sedikit. Bila air mula mendidih masukkan keledek dan kentang yang sudah di lenyekkan. Gaulkan sampai kuah itu pekat, letakan air ‘cornstarch’.

5. Ambil udang kering gragau, di basuh dan di tumbuk halus, masukkan ke dalam kuah, di kacaukan kuahnya selalu supaya keledek di dalam tidak melekat di bawah periuk. Masak hingga dagingnya empuk. Letak garam dan gula secukup rasa. Hidangkan bersama mee dan bahan-bahan lain.

Resepi Mee Rebus Berkuah Daging

Resepi Oleh: Chef Joha Hassan