Lemak dan Berkrim Resepi Cheesekut 4 Bahan
Haritu ada org pm kita, dia request resepi dessert yang takyah guna Air Fryer atau oven. Ok meh nak share. Siapa peminat dessert dan cheese, wajib lah cuba buat cheesekut ni. Mudah sangat buat dia. Takyah guna blender, takyah guna oven, takyah guna AF. Hanya perlukan peti ais je untuk bagi dia sejuk. Mudah sangat buat dia. Bukan budak-budak je yang suka, mak budak pun suka juga taw, musnah dietku. Awas! kalau buat dessert ni malam-malam sebab risau bangun pagi esoknye dah hilang.
Sediakan 4 bahan utama dan wajib guna:
- Biskut kering
- Cream cheese – 250g
- Susu full cream – 1/2 cawan
- Susu pekat – 1/2 cawan
Cara Membuat:
1. Memula masukkan cream cheese dalam bekas. Kalau ada blender, boleh lah masukkan dalam blender. Kita tak guna blender sebab malas nak basuh. Pastu masukkan susu pekat, 1/2 cup. Guna cup measuring ni sedang herlok, tak manis sangat. Kalau takde, masukkan susu pekat ikut tahap kemanisan masing-masing. Sambil buat, sambil rasa. Letak sikit dulu susunya. Kalau kurang manis, boleh tambah.
2. Pastu kita lenyek-lenyekkan dia. Sekali lagi kalau ada blender, guna lah blender. Ok lepastu masukkan susu full cream 1/2, cup juga. Kacau-kaua supaya sedang herlok dan tak lembik sangat. Lepastu masukkan susu full cream dalam bekas lain, then celup biskut kita kat dalam tu. Celup kejap je pastu angkat terus. Ok! pastu boleh susun biskut yang kita dah celup tadi dalam bekas.
3. Pastu layerkan dengan cheese tadi kat atas dia. Pastu ulang step yang sama. Celup biskut dalam susu, susun atas layer 1st tadi. Pastu tuang lagi cheese kita. Ulang step yang sama sampai penuh bekas atau ikut suka kita la nak letak berapa layer pun.
4. Akhir sekali, letak lah topping apa-apa yang kita nak. Farah letak topping serbuk matcha. Korang kalau ada serbuk koko ke, kopi ke, oreo ke, nestum ke ikut selera masing-masing lah. Mana topping yang korang suka, boleh je letak. Sejukkan dalam peti ais semalaman. Ready untuk ngap. Senang sangat buat ni.
Boleh Guna Serbuk Matcha Macam Ni Untuk Rasa Cheesekut Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nor Farah Atika


