Resipi Biskut Bangkit Cheese Cair Di Mulut

Resipi Biskut Bangkit Cheese Cair Di Mulut

Nak beli dah siap mahal sebab barang-barangnya pon dah mahal. Jadi kita buat sendiri untuk kepuasan diri. Dah beli barang-barang lupa acuan takda, nampak botol mineral depan mata so tutupnya jadi mangsa. Jangan tengok awalnya, tapi tengok kesudahanya. Setiap tahun wajib ada sebab biskut ni sedap sangat-sangat, rapuh cair dimulut rasa cheese.

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tpg ubi (sangai sehingga tepung jadi ringan)
  • 3 cawan tpg jagung
  • 1 ketol butter cup
  • 250g cream cheese tatura
  • 1 cawan gula halus (ikut kemanisan korang)
  • 2 biji kuning telor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk asen vanilla
  • 1 ketol cheddar

Nota: Tepung jagung, tepungg ubi, baking powder ayak terlebih dahulu.

Cara Membuat:

1. Putar butter, gula sehingga kembang, masukkan cream cheese, asen vanilla dan kuning telor. Putar lagi bagi kembang sebati. Kemudian, masukkan tepung sikit demi sedikit dan putar seketika.

2. Kemudian uli sehingga doh tak melekat pada tangan. Parutkan cheddar, gaul sebati, jika doh kekurangan tepung tambah tepung ubi ye. Biarkan doh dalam beberape minit kemudian tekap acuan.

3. Panaskan oven atau af dan bakar pada suhu 170c selama 30 minit, ikot oven masing-masing. Kalau tak cukup masak, ditambah masa. Biar kekuningan seperti di bawah, korang akan rasa cair dimulut dan ranggup-rangup cheese tu. Selamat mencuba.

Kuih Bangkit Cheese Ni Sangat Gebu & Cair Dimulut >> KLIK DI SINI

Resipi Biskut Bangkit Cheese Cair Di Mulut

Resepi Oleh: SuiSan Aliezsha