Resipi Churros Frozen Mudah Boleh Dimakan Bila-Bila Masa

Resipi Churros Frozen Mudah Boleh Dimakan Bila-Bila Masa

Siapa peminat churros? Kadang-kadang teringin nak makan tapi kalau selalu nak buat memang meletihkan. Dengan resipi churros ni boleh buat banyak-banyak kemudian difrozenkan. Kalau teringin nak makan, boleh digoreng terus. Jimat masa dan tenaga.

Bahan-Bahan Churros:

  • 150 ml air biasa @ nak guna fresh milk pon boleh
  • 20 gm gula kastor
  • 50 gm mentega
  • 110 gm tepung gandum
  • 2 biji telur (hakak boh 3 biji)

Bahan-Bahan Lain:

  • 1 tsp red velvet emalco (untuk churros red velvet)
  • 1 tsp green tea emalco ( untuk churros green tea)
  • 1 tsp coklat emalco (untuk churros coklat)

Boleh tambah emalco tu jika nak warna lebih cantik ikut citarasa yer.

Cara Membuat:

1. Campurkan air, gula dan mentega ke dalam periuk (masukkan perisa emalco yang uols nak kalau nak buat yang perisa). Masak sampai gula larut dan mentega cair menggunakan api sederhana.

2. Setelah gula larut dan mentega tadi mencair, kecilkan api dan masukkan tepung. Gaul rata sehingga adunan tak lekat pada kuali yer atau tiada lagi tepung yang bergentel (proses ni korang lenyek-lenyek la macam mana pon supaya adunan tu sekata).

3. Biarkan adunan sejuk selama 10 minit. Bila dah sejuk, masukkan telur sebiji-sebiji dan mix hingga rata (hakak guna mixer jerk senang). Masukkan adunan dalam piping bag dengan menggunakan nozel kuih semprit.

4. Kalau nak goreng terus uols panaskan minyak dan boleh terus paipkan adunan ke dalam kuali mengikut saiz yang uols nak. Potong hujung nyer menggunakan gunting yer lebih mudah. Untuk frozen plak, uols paipkan adunan churros tu ke dalam dulang.

Cara Nak Frozenkan Churros:

1. Paipkan churros atas dulang ikut saiz yang kite nak (paipkan adunan rapat-rapat pon tak apa). Jangan lupa sapu mentega kat dulang tu dulu supaya tak lekat churros nyer nanti.

2. Bekukan selama 20 hingga 30 minit. Sudipkan churros menggunakan spatula atau pisau dan susunkan ke dalam bekas yang kita nak.

3. Lapikkan plastik di setiap layer nak susun churros tu yer. Susun churros hingga selesai dan bekukan, siap.

Cara Nak Masak Churros Frozen:

1. Keluarkan churros dan letakkan di atas pinggan. Biarkan selama 10 minit bergantung pada cuaca, kalau hujan tu 5 minit pon dah boleh menggoreng dah.

2. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana yer supaya masak sekata diluar dan di dalam churros. Kalau nak kaler cantik elok bila dah digoreng uols guna api kecik jela ok.

3. Bolehlah dihidangkan bersama sos coklat or apa-apa sahaja sos yang uols suka.

Selamat mencuba. Moga perkongsian hakak ni memberi manfaat untuk kesayangan hakak semua yer insyaAllah.

Guna Nozel Saiz Macam Ni Untuk Buat Churros >> KLIK DI SINI

Resipi Churros Frozen Mudah Boleh Dimakan Bila-Bila Masa

Resepi Oleh: Umie Nurhayati