Resipi Makaroni Bakar Cheezy Sekejap Dah Habis
Hari nie kaksya nak share resepi baked macaroni yang sedap dan senang. Untuk sos, guna je sos pasta dalam tin. Terpulanglah nak guna brand apa. Tapi kaksya prefer prego. Jom checkout resepi. Nanti bolehlah buat untuk open house. Jangan lupa jemput yer.
Bahan-Bahan:
- 1 packet macaroni 400gram – rebus dengan garam dan sedikit minyak
Bahan White Sos:
- 2 sudu besar butter
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 cawan susu (atau lebih)
- 1/2 kiub chicken stock
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 bay leaf
Cara Membuat: Masukkan semua bahan dalam periuk. Panaskan dengan api kecil sehingga sedikit pekat. Pastikan sentiasa kacau untuk elak sos hangit.
Bahan Sos Makaroni:
- 1 packet minced beef
- 2 bawang besar – cincang
- 4 ulas bawang putih – hiris
- Carrots dan celery – potong kecil
- 1 tin prego spaghetti sauce original
- 5 sudu besar sos cili
- Garam, gula, serbuk black pepper
Cara Membuat:
1. Panaskan olive oil. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Bila bawang dah layu, masukkan daging cincang. Tambah carrots dan celery. Gaul sebentar.
2. Masukkan prego sauce dan sedikit air. Tambah gula, garam dan serbuk black pepper. Akhir sekali masukkan makaroni yang dah direbus.
Cara Assembly:
3. Dalam mangkuk atau baking tin, tuangkan makaroni. Gris dulu mangkuk dengan butter untuk elak makaroni melekat. Kemudian, layerkan dengan white sos. Ratakan white sos dan boleh tabur mozzarella cheese. Lagi banyak lagi sedap.
4. Last sekali, tabur Italian mixed herbs. Bakar dengan suhu 160 degrees untuk 30-35 minit. Siap! Jemput makan dengan cili sos. Fuh delicious.
Guna Herba Campuran Macam Ni Untuk Rasa Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Syamsyida Shamsuddin


