Resipi Creampuff Vanilla Lemak Berkrim Disukai Ramai

Resipi Creampuff Vanilla Lemak Berkrim Disukai Ramai

Sebelum ni sis pernah share dah dalam group ni, resepi tu dah dapat 52k shares (syukur alhamdulillah). Sis alter sikit resepi ni.

Bahan Filling Untuk Creampuff:

  • 1 cawan fresh milk
  • 2 biji kuning telur
  • 3 s/b tepung jagung
  • 1 s/b tepung gandum
  • 1/4 cawan gula kastor (kalau nak manis, letak lebih sikit)
  • 1/4 s/k garam
  • 1 s/k vanilla essence
  • 2 s/b unsalted butter
  • 1 cawan non-dairy whipping cream

Cara Membuat:

1. Masukkan telur, tepung jagung, tepung gandum, gula kastor, garam dalam 1 bekas. Whisk sampai sebati adunan tu. Panaskan fresh milk (letak dalam periuk la), tak perlu sampai menggelegak pun.

2. Tuang susu dalam bekas adunan telur sambil whisk. Kalau dah sebati, letak adunan tu dalam periuk, kacau dengan api sederhana. Masukkan vanilla essence, teruskan kacau.

3. Bila adunan dah pekat, tutup api. Masukkan dalam bekas, sejukkan 1-2 jam. Agak-agak dah nak dkat 2 jam tu, boleh lah putar non dairy whipping cream. Putar dengan mixer sampai kembang dan gebu.

4. Mix adunan telur dan whipping cream, kaup sikit-sikit. Masukkan filling ke dalam piping bag. Letak dalam peti. Settle. So sementara tunggu filling sejuk, kita buat puff dia.

Bahan Puff:

  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan butter
  • 1 s/b gula
  • 1/4 s/k garam
  • 1 s/k vanilla essence
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3-4 biji telur

Cara Membuat:

1. Masukkan air dalam periuk. Letak butter, gula dan garam. Kacau sampai larut. Kacau dengan api sederhana. Jangan laa api tu macam nak goreng ayam. Letakkan vanilla essence. Tuang semua tepung gandum sekaligus dan kacau samapi sebati.

2. Bila adunan dah sebati, akan jadi “doh”. Kalau yang guna periuk non-sticky, nampak texture doh tu tak melekat dekat periuk. Tutup api. Sejukkan kejap dalam 5-10 minit je.

3. Bila adunan dah sejuk, gunakan mixer, masukkan telur sebiji demi sbiji. Jangan letak sekaligus. Letak sbiji, mix. Then repeat. Sis guna 4 biji telur. Based on size telur tu lah. Adunan akan jadi berkilat dan tak terlampau pekat atau cair.

4. Masukkan adunan puff dalam piping bag. Sebelum tu pilih la bentuk nozzles yang sesuai. Buat la bentuk macam mana korang suka, nak buat besar ke nak buat baby size ke up to you. Bakar pada suhu 150c selama 25-30 minit (bergantung pada oven masing-masing).

5. Nak tau puff korang tu successful or unsuccessful, belah tengah, dalam tu kosong. Macam “angin” je. Kalau tekan takda isi. Tu kira berjaya la. Cara letak cream dalam puff ni optional lah nk tebuk dari bawah puff atau belah tepi. Sis buat dua-dua cara.

Guna Nozzle Macam Ni Untuk Rupa Creampuff Lebih Cantik >> KLIK DI SINI

Resipi Creampuff Vanilla Lemak Berkrim Disukai Ramai

Resipi Oleh: Nuralia Idayu