Kuih Muih

Kuih Talam Seri Muka Pikat Hati Suami

kuih-talam-seri-muka-pikat-hati-suami

Kuih Talam Seri Muka Pikat Hati Suami

Sape suke kuih talam seri muka? Bukan talam dua muka ye. Baru 2 hari lepas buat, harini buat lagi sebab mertua tak puas makan. Dah bagi jiran-jiran rase, sudahnye tak cukup. Puas hati dapat buat sendiri, jamu mertua makan dan bagi jiran-jiran. Yang penting sodap dari beli kat luar kadang gaso nak campak lam longkang kan.

Bahan Bahagian Bawah:

  • 2 1/2 cwn beras pulut susu (rendam 1/2jam)
  • 2 1/2 cwn santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam

Bahan Bahagian Atas:

  • 2 or 3 biji telur ape-ape size tak kesah
  • 3/4 Gula pasir
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air pandan (6 helai daun pandan + 1 cawan air)
  • 3/4 cwn tepung gandum
  • 1/4 cwn tepung jagung/kastad pun boleh
  • 1/2 sudu kecik creamy essen
  • Pewarna hijau – tak nak pun takpe lagi bagus
  • Secubit garam

Cara Membuat:

1. Panaskan kukusan dengan api besar. Basuh beras pulut dan toskan. Campur kesemua bahan bahagian bawah dan masak dengan api besar sehingga masak. Ok sambil tunggu pulut masak, kite siapkan dulu bahagian atas.

2. Campur semua bahan bahagian atas sehingga sebati. Masukkan dalam periuk dan kacau atas api hingga agak pekat sikit. Jangan terlalu pekat kalau nak rupa dia cantik licin.

3. Siapkan loyang size 10 inci, sapu minyak dan lapik dengan plastik talam. Masukkan pulut yang dah masak tadi, ratakan dan padatkan guna belakang senduk pun boleh.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mudah Kuih Kaswi Gula Merah

4. Ambil garfu, garis-gariskan atas pulut yang diratakan tadi supaya bahagian atas lekat dengan bahagian bawah. Tuang kesemua bahan bahagian atas yang dah masak tadi atas pulut.

5. Kukus bahan dengan api yang sedang ye selama 25 minit or sehingga masak. Lap tudung kukus tiap kali 5 minit sehingga masak untuk elakkan air wap betakung.

6. Lepas siap, kalau nampak air betakung, lap la dengan tisu dapur. Jangan lap beriya ye nanti hancur bekecai kang. Lap manja-manja je bagi air serap kat tisu.

7. Sejukkan at least 1 jam lebih bawah kipas. Kalau ko tak sabar masuk peti sejuk. Dah sejuk baru potong, kalau nak jual boleh la buh atas board dan kotak.

Kuih Talam Seri Muka Pikat Hati Suami

Resepi Oleh: Azean Mohd Gi