Resipi Kuih Tradisional Kuih Puteri Mandi
Kuih Puteri Mandi untuk berbuka puasa. Antara kuih wajib ada pada bulan puasa. Kuihnya lembut campur kenyal-kenyal sikit. Digaul dengan kelapa dan gula merah. Memang sedap, anak-anak pun suka makan.
Bahan-Bahan Doh:
- 3 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam halus
- 1 1/2 cawan air daun pandan (blend 5 helai daun pandan saiz besar + 1 1/2 cawan air & tapiskan)
- Pewarna hijau epal
Bahan-Bahan Kelapa:
- 1 biji kelapa parut (ambil bahagian putih saja)
- 1 cawan gula melaka (3 keping)
- 4-5 sudu besar gula pasir
- 1/2 cawan air
- 2 helai daun pandan
Cara Membuatnya:
1. Buat Doh; Blend daun pandan dengan air hingga sebati. Kemudian, tapiskan. Di dalam mangkuk adunan, satukan tepung pulut, tepung gandum, garam, air daun pandan dan pewarna hijau.
2. Gaul hingga menjadi doh yang boleh dibentuk. Dohnya seperti doh buah melaka atau onde-onde. Ambil sikit adunan dan gentel bulat. Kemudian, tekan dengan ibu jari. Satu adunan saya dapat 70 biji, bergantung pada saiz.
3. Didihkan air. Masukkan doh, kacau-kacau sikit supaya tak melekat. Bila doh dah timbul di permukaan bermakna ia sudah masak. Angkat dan toskan. Rendam doh ke dalam air sejuk supaya ia tak melekat antara satu sama lain.
4. Bahan Kelapa; Satukan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan air. Kacau hingga gula larut dan mendidih. Masukkan kelapa dan kacau hingga air gula kering. Masukkan doh, kacau hingga doh bersalut rata dengan kelapa. Hidangkan.
Cuba Karipap Mini Rangup Ni Juga, Memang Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nor Al Fatihah Tihah


