Roti, Sarapan

Resepi Roti Goreng Sardine Kantin Sekolah

resepi-roti-goreng-sardine-kantin-sekolah

Resepi Roti Goreng Sardine Kantin Sekolah

Roti Sardine Kantin Sekolah, tak serap minyak dan rangup bila dikunyah! Tanpa letak Telur!.

Bahan Sambal Sardine:

  • 1 x Sardine Dalam Sos Tomato @adabi_consumer Tin Kecil
  • Hirisan Bawang Merah Besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Cili padi merah x 1 hiris serong
  • Cili padi hijau x 2 hiris serong
  • 1/4 biji limau nipis
  • Gula merah 1/2 sudu kecil
  • Cili kisar 1 sudu besar
  • Asam keping 1/4 keping

Cara Buat:

1. Tumis bawang, bawang putih, dan cili padi, sehingga garing. Masukkan cili kisar, masuk sardine (sos jangan dibuang) dan biarkan sampai pecah minyak.

2. Perahkan limau nipis, perasakan dengan gula, garam dan mushroom seasoning. Biarkan masak dan siap.

Bahan Adunan Tepung:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/4 sudu serbuk kunyit @adabi_consumer
  • Garam
  • Mushroom seasoning >> https://shope.ee/89ww9M5Aoa
  • 1/2 biji Limau nipis

Cara Buat:

1. Satukan semua bahan-bahan di atas, pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.

2. Masukkan sardine ke dalam roti, lipat dua, kemudian celup dalam adunan tepung. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing, pusing-pusingkan supaya masak sekata.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Ban Kukus

3. Agak-agak dah kekuningan, angkat dan toskan pada kitchen towel. Siap! Cubalah!.

Tips: Campuran air panas dan air sejuk untuk adunan tepung dan perahan limau nipis!.

Resepi Roti Goreng Sardine Kantin Sekolah

Resepi Oleh: Yatiekitchen