Roti

Kembang Elok Roti Kukus Guna Secawan Tepung Saja

kembang-elok-roti-kukus-guna-secawan-tepung-saja

Kembang Elok Roti Kukus Guna Secawan Tepung Saja

“Sis, resepi ni boleh kukus tak?” Bolehhhh. Ni kita share resepi yang boleh kukus. As usual, tepungnya dalam secawan lebih saja.

Bahan-Bahan:

  • 150g tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Gula dan butter yang dicairkan untuk topping

Cara Membuat:

1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata. Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin. Perap sampai doh naik 2 kali ganda.

2. Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda.

3. Kukus dengan api sederhana 35-40 minit. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.

4. Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin atau butter cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari atau sardin pun sedap.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Roti Cip Coklat

Nota kaki: Kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu je. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus. Nanti masa kukus dia akan mengembang lagi. Tapi loyang jangan balut ketat sangat ye masa kukus tu. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.

Kembang Elok Roti Kukus Guna Secawan Tepung Saja

Resepi Oleh: Khairunnisa Mohammad