Ayam

Resepi Ayam Masak Merah Rumah Kenduri Style

resepi-ayam-masak-merah-rumah-kenduri-style

Resepi Ayam Masak Merah Rumah Kenduri Style

Harini ahad. Akak-akak nak masak apa? Boleh cuba resepi bawah ni, masak nasi tomato & acar timun. Pergh! Sedap baqhiang.

Bahan-Bahan:

  • Ayam 1 ekor (gaul garam kunyit, goreng separa masak)
  • Cili kering 10-12 tangkai (rebus dan mesin bersama sedikit belacan)
  • Serai 2 batang diketuk
  • Air asam jawa 1 mangkuk kecil
  • Sos cili 3 sudu besar
  • Sos tomato 2 sudu besar
  • Garam, serbuk hilal, gula (saya guna gula kabong)

Bahan Kisar:

  • Bawang besar 3 ulas
  • Bawang putih 5 ulas kecil
  • Halia besar ibu jari

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Lepas dah wangi, masukkan cili kisar (saya guna cili boh yang siap dah ja) dan serai.

2. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, sos dan gula kabong. Tambah air sikit lagi ikut kepekatan yang korang nak.

3. Kacau rata, dan masukkan ayam. Perasakan dengan serbuk hilal dan garam. Rasa dah ngam, boleh tabur hirisan bawang besar + cili besar + daun ketumbar + bawang goreng. Perghhh mantap pak abu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Rendang Ayam Rencah Tumbuk

Selamat mencuba gaes.

Resepi Ayam Masak Merah Rumah Kenduri Style

Resepi Oleh: Fateema Azzahra