Kek

Kek Coklat Pisang Mudah Tanpa Guna Mixer

kek-coklat-pisang-mudah-tanpa-guna-mixer

Kek Coklat Pisang Mudah Tanpa Guna Mixer

Kek coklat pisang mudah takyah guna mixer, moist dan gerenti jadi. Sejak try buat kek coklat pisang ni, kami memang jarang sangat dah buat kek pisang biasa. Anak-anak pun lebih suka kek coklat pisang ni berbanding kek pisang biasa. Resepi yang mudah, ringkas dan gerenti sedap. Dapur pun tak berkecah.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 2 biji telur A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3/4 cawan brown sugar
  • 1 cawan pisang berangan yang dilenyekkan
  • Coklat chip
  • Pisang untuk hiasan

Cara Membuat:

1. Dalam bekas, masukkan pisang lenyek, gula, minyak, telur dan esen vanilla. Kacau sebati.

2. Ayak tepung bersama sodak bikarbonat dan baking powder. Then, masukkan tepung gandum dalam adunan pisang tadi. Kaup balik hingga sebati dan masukkan coklat chip.

3. Tuang sikit adunan dalam loyang 10×10 yang dialas kertas minyak, susun pisang di atas adunan. Kemudian tuang baki adunan. Kalau nak ringkas, korang tuang je adunan terus dalam loyang. Takyah susun hirisan pisang tu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Batik Marie Chocolate Ganache

4. Korang boleh juga guna loyang 8×8 untuk kek yang lebih tinggi. Taburkan coklat chip atau hirisan coklat sebagai hiasan.

5. Bakar pada suhu 160C selama 35 minit. Suhu dan waktu depends pada oven memasing k. Selamat mencuba.

Kek Coklat Pisang Mudah Tanpa Guna Mixer

Resepi Oleh: Asrinna Bakri