
Cara Mudah Buat Roti Putih Homemade
Roti putih homemade panas-panas. Cubaan pertama buat roti, Alhamdulillah, menjadi lembut rotinya. Sekejap dah sold out roti. Baru je siap roti, terus semua datang tak sabar nak makan. Sepatutnya biarkan roti sejuk dulu baru potong. Ini dipotong sebelum sejuk sebab tu potongan tak cantik. Roti nak posing cantik sikit pun tak sempat, acaner tu.
Biasanya budak-budak ni kalau roti beli tu, dibuangnya kerak roti ni. Buat sendiri roti berebut kerak pulak. Jom cuba!.
Bahan-Bahan:
- 500 gram tepung roti
- 100 ml susu
- 220 ml air
- 1 ½ sudu kecil yis
- 1 sudu kecil pelembut roti
- 4 sudu besar minyak
- 3 sudu besar gula
- 2 sudu kecil garam
Cara Membuat:
Kaedah Breadmaker –
1. Bagi yang guna bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Set breadmaker dengan tekan butang Basic Bread dan tinggal.
2. Lepas 3 jam, jika tiada masalah roti putih akan siap, sejukkan dan boleh terus dimakan.
3. Boleh potong terus macam saya (sebab tu potongan tak cantik sebab belum sejuk). Boleh sapukan dengan apa-apa sahaja jem kegemaran anda dan anak-anak.
Kaedah Tanpa Breadmaker –
1. Bagi yang buat secara manual. Masukkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh, tak melekat pada tangan.
2. Tutup doh dan rehatkan sampai naik dua kali ganda. Biarkan doh kembang lebih kurang 1 jam. Kemudian, tumbuk angin, uli lagi sampai sebati.
3. Simpan tepi lagi, tutup semula dengan towel lembab atau plastik tadi. Biar naik sekali ganda lagi.
4. Seterusnya, canaikan, guna penggelek. Gulung dan agak-agakkan saiz doh ikut loyang yang ada.
5. Glis loyang dengan butter atau shortening. Biarkan sekejap sehingga adunan naik. Tak perlu panaskan oven (biar roti masih menaik saat dibakar).
6. Masukkan doh yang dah naik dalam loyang roti dan terus masukkan dalam oven. Bakar dengan suhu 160c selama 20 minit. Nak roti garing, tambah masa lagi.
7. Dah semerbak bau, garing atas cam dah masak sekata, kira dah masak la tu. Keluarkan loyang, hentakkan dan keluarkan roti dari loyang sebab takut berpeluh nanti keliling roti dah tak garing.
8. Boleh potong terus macam saya (sebab tu potongan tak cantik sebab belum sejuk). Boleh sapukan dengan apa-apa sahaja jem kegemaran anda dan anak-anak.
Resepi Oleh: Khadijah Jaafar