Laksa

Resepi Laksa Sarawak Pes Laksa Buat Sendiri

resepi-laksa-sarawak-pes-laksa-buat-sendiri

Resepi Laksa Sarawak Pes Laksa Buat Sendiri

Alhamdulillah. Pertama kali mencuba masak Laksa Sarawak, pes laksa dan sambal udang kering buat awal-awal. Memang sedap dan berbeza dari laksa-laksa yang lain. Laksa-laksa lain pun sedap, tapi sedap segi lain. Pada saya, semua menu ada sedapnya tersendiri yang perlu kita hargai keistimewaannya. Yang paling penting masaklah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.

Bahan-Bahan Untuk Pes Laksa:

  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 7 tangkai cili kering* – rendam air panas hingga lembut
  • 1/2 inci lengkuas* -potong kecil-kecil)
  • 2 biji buah keras *
  • 1 batang serai- hiris nipis*
  • 1/2 inci belacan bakar*
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 4 sudu besar bijan – disangai
  • 4 sudu besar kacang tanah – digoreng tanpa minyak & dibuang kulit
  • Minyak masak utk menumis
  • Gula,perasa dan garam secukup rasa

Cara Penyediaan Pes Laksa:

1. Kisar halus bahan-bahan yang bertanda (*). Sangai dahulu bijan dan kacang tanah hingga garing, kemudian kisar halus menggunakan pengisar kering. Satukan semua bahan-bahan dalam satu bekas dan gaul sebati.

2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak dan cukup masak dengan api yang sederhana. Jangan lupa perasakan dengan garam, gula, dan perasa secukupnya.

Bahan-Bahan Untuk Kuah Laksa Sarawak:

  • Pes laksa yang dah siap tadi
  • 500gm Isi ayam
  • 300gm udang saiz sederhana (cuci udang bersih-bersih dulu kemudian baru tanggalkan kepala & kulitnya ye. Asingkan isi dan kulit ye, tapi jangan buang kepala & kulit tu sebab nak guna untuk direbus nanti)
  • 1/2 bungkus mee hoon dicelur
  • 1 batang serai
  • 300gm pati santan pekat
  • 3 keping asam keping
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1/2 biji bawang besar – potong kasar
  • 2 rumpun akar daun ketumbar- diketuk
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan Kuah Laksa:

1. Sediakan periuk yang berisi air lebih kurang 800ml – 1liter, berapa banyak air bergantung pada anda sama ada nak kuah pekat atau sederhana. Sebab air boleh juga ditambah kemudian ye jika nampak kuah terlalu pekat. Kemudian, masukkan serai, bawang besar dan akar ketumbar, masak hingga kuah mendidih.

2. Kemudian masukkan isi ayam, masak hingga ayam empuk dan angkat serta toskan. Bila ayam dah hampir sejuk, carik-carikkan isi ayam dan ketepikan. Menggunakan air rebusan yang sama, rebus isi udang selama 4-5 minit je, angkat, toskan dan ketepikan.

3. Seterusnyam, rebus kulit dan kepala udang tadi. Rebus dalam 15 minit, tutup api dan tapiskan. Kulit-kulit dan kepala udang tu masukkan dalam blender, tambahkan sedikit air dan blend. Bila dah halus, tapiskan air kisaran udang dan masuk semula ke dalam periuk air rebusan tadi.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Laksa Asam Mackerel

4. Hidupkan api semula dan tambahkan pes laksa bersama asam keping. Kacau dalam 5 minit dan masukkan santan pekat serta bahan-bahan perasa seperti garam, aji dan gula. Sebelum masukkan garam, rasa dulu ye sebab jangan lupa, pes kita pun dah ada rasa. Sesuaikan rasa dan biarkan kuah hingga sedikit pekat. Siap.

Resepi Laksa Sarawak Pes Laksa Buat Sendiri

Bahan Sambal Udang Kering Laksa:

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 5 sudu besar cili blend
  • 1 sudu kecil belcan
  • 5 sudu besar udang kering tanpa kulit – di tumbuk
  • Pes asam jawa secukupnya
  • Gula
  • Garam
  • Perasa
  • Minyak menumis

Cara Penyediaan Sambal Udang Kering:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis ke semua bahan-bahan kecuali air asam, gula, perasa dan garam. Masak hingga sambal garing atau pecah minyak.

2. Kemudian masukkan air asam dan perasakan dengan perasa, gula dan garam. Tumis lagi seketika dengan api kecil sehingga garing.

Resepi Laksa Sarawak Pes Laksa Buat Sendiri

Bahan Pelengkap Menu:

  • Mee hoon – dicelur hingga lembut
  • 3 biji telur (dijadikan telur dadar yang digulung)
  • 50sen taugey
  • Cili Merah dimayang – optional
  • Daun ketumbar
  • Daun pudina
  • Limau Kasturi
  • Bawang goreng
Resepi Laksa Sarawak Pes Laksa Buat Sendiri

Cara hidang Laksa Sarawak:

  • Celurkan mee hoon hingga lembut, angkat dan toskan. Masukkan mee hoon ke dalam mangkuk yang sesuai, masukkan kuah laksa, isi ayam, udang, hirisan telur dadar, sambal, taugeh, daun ketumbar, daun pudina, limau kasturi, bawang goreng dan cili merah.
Resepi Laksa Sarawak Pes Laksa Buat Sendiri

Resepi Oleh: Adnil Sam