Kek Pisang Coklat Kayangan Tanpa Guna Mixer atau Blender
Rasanya dah ramai dah cuba resepi kek pisang ni, memang di akui sedap giler kan?. Ramai jugak dah guna resepi buat niaga sebab terbukti sedap. Resepi ni dari sahabat kaksue tokey kukis theblackwhisk. Kek pisang letak cuka? ye letak cuka untuk buat buttermilk. Sedap kek ni tau, dia lembab dan mewah dengan coklat tu haa. Kaksue ikut resepi bawah ni jer, kaksue copy paste semula resepi ni. Tak payah pakai blender or mixer, senang bukan?
Bahan-Bahan:
- 4 biji pisang
- 1/2 cawan susu full cream/fresh
- 1/2 sudu makan cuka
- 120g soft brown sugar
- 115g mentega
- 160g tepung naik sendiri
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 25g serbuk koko
- 1/2 sudu kecil garam
Bahan Hiasan:
- Walnut/badam yang dibakar
- Chocolate chips
Cara Membuat:
1. Lenyekkan pisang dalam mangkuk dan ketepikan. Dalam bekas yang lain, campurkan susu dengan cuka untuk jadikan ia buttermilk. Biarkan seketika dalam 10 minit.
2. Cairkan mentega. Campurkan susu buttermilk dengan gula. Godek-godek dan masukkan mentega yang dah dicairkan tadi.
3. Ayakkan tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan ke dalam adunan tadi. Kemudian, masukkan garam dan pisang.
4. Masukkan pula 2 genggam coklat chips dan segenggam walnut (jika mahu kekacang). Taburkan di atas kek tadi lebihan coklat dan kekacang.
5. Bakar kek pada suhu 150c, selama 45 min atau sehingga kek masak. Saya guna loyang 7 inci. Lebih sedap jika guna coklat belgium dan pure butter.
Resepi Oleh: Suhasnida Ismail