Ayam

Honey Garlic Chicken Terlajak Sedap Guna 4 Bahan

honey-garlic-chicken-terlajak-sedap-guna-4-bahan

Honey Garlic Chicken Terlajak Sedap Guna 4 Bahan

Rasanya manis manis wangi sebab campuran madu, bawang putih dan halia. Ayam kuah honey garlic ni makan dengan nasi putih atau nasi ayam sedap sangat. Tak perlu minyak, dan bahan bahan simple yang selalu ada di rumah.

Bahan-Bahan:

  • Ayam – dipotong kecil
  • 4 ulas bawang putih – dipotong dadu
  • 1 inci halia – dipotong dadu
  • Madu
  • Sedikit marjerin

Cara Memasak:

1. Basuh bersih ayam. Gaulkan dengan garam dan sedikit black paper. Masukkan ayam ke dalam kuali. Tuang sedikit air jika melekat. Balik balikkan ayam sehingga bertukar warna keemasan dan masak.

2. Masukkan marjerin. Bila marjerin dan cair, masukkan bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian, masukkan madu. Gaul sekata. Boleh perasakan dengan garam dan gula jika suka.

3. Sebagai hiasan saya tambah parsley flakes. Ini optional, jika suka boleh letak. Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!

Mudah Kerja Memasak Guna Kuali Macam Ni >> https://shope.ee/3VDZLN5s17

Honey Garlic Chicken Terlajak Sedap Guna 4 Bahan

Resepi Oleh: Maryam Hussain