Ayam, Nasi

Set Lengkap Nasi Ayam Bakar Sedap

set-lengkap-nasi-ayam-bakar-sedap

Set Lengkap Nasi Ayam Bakar Sedap

Nasi ayam yang tertangguh. Plan nak buat untuk makan masa birthday saya semalam. Tapi, tak jadi masak. Harini, saya masak lebih sikit. Nanti time berbuka puasa esok, boleh goreng nasinya untuk dijadikan nasi goreng ayam style warung dan restoran macam masa tahun 90an dulu. Kali ni, saya bakar je ayam tu. Sebelum ni, saya pernah juga goreng. Dua-dua versi, bakar atau goreng pun sedap.

Pes Bawang Putih & Halia:

• 2 (bawang putih) : 1 (halia)

Contoh: 70g bawang putih : 35g halia

Cara Penyediaan: Kisar bawang putih dan halia dengan sedikit air. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga kering.

Air Rebusan Ayam & Sup:

Bahan A –

• 1 ekor ayam
• 3 sdb pes bawang putih & halia
• 1 batang serai (saiz kecil)
• 1 ketul kiub pati ayam
• 3L air

Bahan B –

• 1 1/2 sdt serbuk lada putih
• Garam secukupnya
• Hirisan daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara Penyediaan:

1. Masukkan kesemua bahan (A) ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Keluarkan ayam dan asingkan air rebusan yang diperlukan untuk memasak nasi, membuat sos dan kuah kicap.

2. Masukkan lada putih serta perasakan dengan garam secukupnya ke dalam baki air rebusan. Didihkan seketika. Taburkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Nasi Ayam:

• 1 1/2 sdb marjerin
• 1 batang kulit kayu manis
• 2 kuntum bunga lawang
• 3 helai daun pandan
• 1 batang serai
• 3 cawan beras
• 4 1/2 cawan air rebusan ayam
• 1 sdb pes bawang putih & halia
• Secubit serbuk kunyit

Cara Penyediaan:

1. Cairkan marjerin di dalam periuk nasi. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, daun pandan dan serai. Tumis seketika.

2. Masukkan pula beras, air rebusan ayam, pes bawang putih dan halia serta serbuk kunyit. Kacau rata. Masaklah nasi seperti biasa.

Sos Cili:

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Goreng dan Pulut Kukus Hatyai

• 9 biji cili merah
• 1 1/2 cawan air rebusan ayam
• 1 sdt pes bawang putih & halia
• 1 1/2 sdb cuka/jus limau nipis/jus limau kasturi
• 3-4 sdb gula pasir
• 1/2 sdt garam

Cara Penyediaan:

1. Kisar cili dengan air rebusan ayam. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama dengan bahan-bahan lain. Masak sehingga hilang bau cili & pekat.

Kuah Kicap:

• Lebihan perapan ayam
• 1 1/2 cawan air rebusan ayam

Cara Penyediaan: Masukkan kedua-dua bahan ke dalam periuk dan didihkan seketika.

Ayam Goreng atau Bakar:

• Ayam yang telah direbus
• 1 sdb pes bawang putih & halia*
• 6 sdb kicap manis*
• 3 sdb kicap masin*
• 3 sdb sos tiram*
• 1/2 sdt minyak bijan*
• 1 sdb madu*

Cara Penyediaan:

1. Satukan kesemua bahan yang bertanda (*). Lumurkan pada ayam dan perap seketika.

2. Goreng ayam sebentar sahaja sehingga kulitnya garing atau bakar di dalam oven pada suhu 190°C selama 30-40 minit. Setelah ayam masak dan masih panas, oleskan dengan sedikit madu.

Set Lengkap Nasi Ayam Bakar Sedap

Sayur-Sayuran:

• Daun salad
• Timun
• Tomato

Set Lengkap Nasi Ayam Bakar Sedap

Cara Penyediaan: Potong mengikut kesukaan masing-masing dan hidangan bersama set nasi ayam.

Set Lengkap Nasi Ayam Bakar Sedap

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah