Resipi Ayam Gunting ala Uncle Bob
Sempena cuti tahun baru, baru berkesempatan untuk berkongsi resepi ayam gunting atas permintaan rakan FB. Ayam gunting menu kegemaran ramai. Resepi sesuai juga untuk sosej, sotong dan tofu cheese selain guna isi dada ayam atau ketulan ayam macam ayam RM1. Ini menu kegemaran aanak-anak saya, resepi olahan saya sendiri. Berbaloi buat sendiri lebih jimat dan sangat mudah. Semoga bermanfaat untuk yang ingin mencuba.
Bahan-Bahan:
- Isi dada ayam dipotong nipis/tofu cheese/sosej/sotong diperap dengan sebiji telur, serbuk bawang putih, serbuk cili, serbuk lada putih ajishio, gula dan sedikit garam selama 15 minit.
- 1 cawan tepung ubi kayu campur dengan 1/2 cwn tepung jagung. Gaul sebati. Renjiskan dengan air biar tepung jadi ketul-ketul. Biarkan selama 15 minit. Picit-picit tepung yang berketul besar supaya menjadi kecil.
Bahan Tabur:
- Serbuk cili
- Serbuk lada hitam
- Serbuk lada putih
- Serbuk pati ayam knorr
Cara Membuat:
1. Gaulkan ayam/sosej/tofu cheese/sotong dengan adunan tepung tadi. Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan. Kaut dan toskan.
2. Gaul dengan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan pati ayam knorr hingga sebati. Untuk ayam, gunting dulu isi ayam, taburkan serbuk cili dan serbuk campuran lada tadi. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Nota Bonda:
Apa Rahsia Kehebatan Ayam Gunting Ini?
Untuk mendapatkan hasil yang sebiji macam beli di luar, ada tiga elemen penting yang anda perlu fokuskan;
- Isi Ayam yang Lebar & Nipis – Rahsianya bukan pada saiz ayam, tetapi cara kita memotongnya. Gunakan teknik butterfly cut pada dada ayam dan ketuk sedikit supaya ia menjadi lebar dan nipis agar masak dengan sekata serta cepat garing.
- Tepung Kerak Yang Kasar – Uncle Bob menggunakan tepung khas yang memberikan kesan “biji-biji” atau mutiara rangup. Rahsianya adalah penggunaan Tepung Ubi Kayu (Coarse Sweet Potato Starch). Ia memberikan kerangupan yang lebih tahan lama berbanding tepung gandum biasa.
- Serbuk Perasa “Signature” – Gabungan serbuk cili, serbuk lada putih, dan sedikit serbuk bawang putih adalah kunci kepada rasa pedas berempah yang unik itu.
Tips Pro Untuk Ayam Gunting Yang Sempurna;
- Perapan yang Lama – Perap ayam dengan sedikit kicap cair, lada suluh, dan serbuk bawang putih sekurang-kurangnya 1 jam. Ini memastikan rasa rempah meresap hingga ke dalam isi ayam, bukan sekadar di kulit sahaja.
- Teknik Menepung – Jangan hanya celup! Tekan-tekan sedikit ayam ke dalam tepung ubi kayu supaya tepung melekat dengan tebal dan menghasilkan kerak yang cantik bila digoreng.
- Suhu Minyak – Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masuk ayam. Goreng dengan api sederhana besar sehingga warna bertukar kuning keemasan. Jangan goreng terlalu lama supaya isi ayam tidak kering dan keras.
Nota Penting: Sebaik sahaja diangkat, terus taburkan serbuk cili semasa ayam masih panas dan berminyak sedikit supaya serbuk perasa melekat dengan sempurna!.
Nak Lagi Mudah, Boleh Guna Bahan Campuran Tepung dan Perisa Ayam Gunting Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nur Masri


