Ayam Goreng Ketumbar Dengan Sambal Cili Padi

Ayam Goreng Ketumbar Dengan Sambal Cili Padi

Late lunch. Habis licin. Alhamdulillah. Malam kang aktiviti bebas. Sape lapor sendiri masak. Kitchen tutup awal.

Bahan Ayam Goreng Ketumbar:

  • Ayam yang telah dicuci
  • 1 bji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • Halia sebesar ibu jari
  • 1 sudu Kunyit serbuk
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • daun Salam Kering
  • garam
  • serbuk perasa
  • gula

Cara Memasak:

1. Blend sebiji bawang besar + 3 ulas bawang putih + 3 batang serai + Halia sebesar ibu jari + air. Blend halus.

2. Tuangkan bahan-bahan blend tadi dalam Kuali. Masukkan ayam yang dah dicuci. Tambah air sampai tutup semua bahagian ayam.

3. Masukkan 1 sudu kunyit serbuk + garam + serbuk perasa + gula + 1 sudu serbuk ketumbar + daun salam kering. Biarkan ayam sampai mendidih selama 20 minit.

4. Bila dah ayam dah empuk, angkat dan toskan. Balance rebusan tu jangan buang dulu. Tapis air dan ketepikan serdak dan masukkan ke dalam ayam yang kita toskan tadi tu.

5. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga warna keemasan macam gelang emas 916 yang korang pakai tu. Siap angkat dan tapis minyak.

Bahan Sambal Cili Padi:

  • Cili padi merah
  • Cili padi hijau
  • Cili besar merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • serbuk perasa
  • gula
  • cuka

Cara Memasak:

1. Blend Cili padi merah + Cili padi hijau + Cili besar merah + sebiji bawang besar + 3 ulas bawang putih. Quantity ikut memasing. Suka pedas lebihan lah Cili padi. Oh ya, kalau boleh nisbah Cili padi merah kene lagi banyak dari Cili padi hijau. Baru cantik.

2. Gunakan balance minyak goreng kobis, amik untuk menumis cili. Masukkan bahan blend ke dalam Kuali. Masukkan serbuk perasa + gula + cuka secukup rasa. Gaul dan masak sampai pecah minyak and angkat.

Resipi Kobis Goreng:

1. Potong kobis cuci dan toskan. Pastu panaskan minyak. Dah bebetul panas baru masukkan kobis tu. Masak sampai dia hampir garing. Pastu angkat.

Resipi Sup Fucuk Suun:

1. Panaskan Kuali dan masukkan 1 sudu minyak. Titik 2 ulas bawang putih dan hiris 1/2 biji bawang besar dan masukkan dalam Kuali. Masak sampai garing pastu masukkan 2 cawan air.

2. Masukkan fucuk dan Suun yang dah diremdan lebih awal. Dan masukkan sikit lada sulah dan serbuk perasa. OK siap. Siap dah. Senang kan?.

Boleh Cuba Sambal Hijau Minang Ni Juga, Memang Sedap Rasanya >> KLIK DI SINI

Ayam Goreng Ketumbar Dengan Sambal Cili Padi

Resipi Oleh: Ameen Fami