
Keria Gula Melaka Montok Tanpa Serbuk Penaik
Peminat ni mana, sila muncul. Berapa ketoi agak-agak masuk perot. Tak perlu penaik, montok asli, lembut di dalam rasa rangup gula di luar.
Bahan-Bahan:
- 1 kg ubi keledek
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil garam halus
- Sira gula melaka :
- 1/2 ketul gula melaka – dihancurkan
- 1/2 cawan gula halus
- 7 sudu besar air (kurang lebih/agak-agak)
- 1 helai daun pandan
Cara Membuat:
1. Rebus atau kukus ubi keledek hingga empuk, kemudian alihkan ke dalam bekas lain letak garam lenyek hingga halus. Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga habis sambil diuli sebati dan dapat doh lembut.
2. Rehatkan sebentar dalam 10 minit je. Kemudian ambil doh seberat 40gm (agak-agak) sendiri dan buat bulat kecil di tengahnya. Panaskan minyak goreng hingga masak kekuningan. Semasa menggoreng tu elok tenggelam di dalam minyak panas. Apabila masak angkat dan toskan minyak.
3. Di dalam kuali satukan semua bahan sirap gula melaka, masak hingga berbuih terus masukkan kuih keria, gaul merata. Apabila kelihatan bertali terus tutup api sedia dihidangkan.
Pastikan Guna Gula Melaka Asli Tanpa Campuran Gula Putih Ni >> https://shope.ee/30JKi3yC6D
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish