Sambal & Pencicah

Minyak Bawang Putih Sedap Makan Dengan Sup atau Bubur

minyak-bawang-putih-sedap-makan-dengan-sup-atau-bubur

Minyak Bawang Putih Sedap Makan Dengan Sup atau Bubur

Salah satu stok yang perlu ada di dapur saya adalah minyak bawang putih. Banyak khasiat bawang putih jadinya saya siapkan untuk dimakan pada bila-bila masa.

Kebetulan anak pula tak berapa nak sihat dan diserang selsema, saya memang amalkan minyak bawang putih untuk diletakkan di dalam sup atau bubur. Kos untuk siapkan minyak bawang putih ni pun sangat murah dan mudah disiapkan.

Bahan-Bahan:

  • 2 labu bawang putih
  • 4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis)
  • Sedikit hirisan halia
  • Sedikit garam halus
  • Minyak untuk menumis

Cara Buat:

1. Saya guna dua labu bawang putih. Bersihkan dan potong dua supaya senang nak dikisar nanti. Saya kisar guna blender tarik je yang saya beli di Mr. Diy. Mudah, cepat dan kisaran bawangnya jadi cantik sekata.

2. Sediakan juga rempah 4 sekawan. Panaskan minyak masak di dalan kuali, masukkan rempah 4 sekawan, masukkan sedikit hirisan halia. Kemudian masukkan kisaran bawang putih tadi. Suhu api sederhaha besar. Sentiasa kacau agar bawang tidak cepat hangus.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sambal Ayam Penyet Mengosek

3. Kacau sehingga bawang menjadi keperangan. Padamkan api dan masukkan secubit garam halus untuk sedikit rasa. Siap. Boleh disimpan di dalam bekas. Boleh disimpan selama tiga minggu pada suhu bilik.

Minyak Bawang Putih saya gunakan untuk dimakan bersama kuey tiow sup. Boleh juga diletakkan di atas masakan sayuran. Sesuai juga untuk diletakkan di atas sayur sawi sos tiram. Sedap juga dicampurkan minyak bawang putih dalam bubur dengan sedikit lobak masin untuk sarapan saya sekeluarga.

Minyak Bawang Putih Sedap Makan Dengan Sup atau Bubur

Resepi Oleh: Zurina Zulkefli