Sarapan

Resepi Nasi Lemak Sambal Ketagih Memang Sedap

resepi-nasi-lemak-sambal-ketagih-memang-sedap

Resepi Nasi Lemak Sambal Ketagih Memang Sedap

Sempena Cuti hari ni, buatlah menu simple nasi lemak ni. Rasa lemak lemak pada nasi tu campur dengan sambal pedas pedas manis memang buat rasa ketagih nak makan hari hari kan.

Bahan-Bahan Nasi:

  • Beras
  • 1 helai daun pandan
  • 1 biji bawang kecil – dihiris
  • 1 – 2 inci halia – hiris
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam

Cara Memasak:

1. Basuh beras dan toskan. Masukkan santan 1 kotak dan air secukupnya. Masukkan garam, halia, bawang dan juga daun pandan.

2. Akhir sekali, masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.

Bahan Sambal:

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 3-4 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 mangkuk cili kisar
  • Garam
  • 3 sudu besar gula
  • Sedikit gula Melaka

Cara Memasak:

1. Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga cili dan bawang benar benar masak dan garing dengan api perlahan. Setelah cili pecah minyak, masukkan sedikit gula dan kacau rata.

2. Masukkan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kacang Pool

Bahan Bahan Aksesori:

  • Telur – direbus
  • Kacang Tanah – digoreng
  • Timun – dihiris

Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!

Resepi Nasi Lemak Sambal Ketagih Memang Sedap

Resepi Oleh: Maryam Hussain