Resipi Karipap Inti Keledek Boleh Buat Frozen

Resipi Karipap Inti Keledek Boleh Buat Frozen

Stok karipap keledek frozen. Saya suka karipap jerawat camni, kulit rangup dan tak muak. Suka guna inti keledek sebab manis-manis, sapa geng?

Bahan Kulit Karipap:

  • 6 cawan tepung gandum
  • 100gm majerin pelangi*
  • 6 tbsp minyak masak*

Cairkan di atas dapur bahan bertanda (*)

  • 2 cawan air
  • 2 tsp garam halus

Cara Membuat:

1. Gaulkan majerin cair ke dalam tepung, gaul sebati sehingga jadi serbuk roti. Gaulkan garam ke dalam air dan tuang dalam adunan tepun tadi.

2. Uli sehingga sebati sehingga licin. Rehatkan doh selama 15 minit. Setersunya, uli nipis dan boleh masukkan inti. Bentukkan menjadi karipap.

Bahan Inti Keledek:

  • 1 kg keledek oren yang telah dikupas – dipotong dadu
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • 6 sudu kari daging babas
  • 3 keping gula nisan Terengganu
  • garam secukupnya

Cara Membuat:

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan ikan bilis. Tapis air kisar supaya pendek masa untuk menumis, Tapi air bawang jangan buang ye. Bila dah garing dan layu, masukkan serbuk kari dan kacau jangan sampai hangit.

2. Seterusnya, masukkan keledek yang telah dipotong dadu. Tuang air bawang tadi dan tambah air paip separas keledek. Masukkan 3 keping gula nisan dan garam supaya meresap ke dalam keledek. Tutup kuali dan api sederhana sahajaa.

Nota:

  • Texture inti lepas siap lembek benyek-benyek sebiji macam karipap ikea. Sebab tu anak-anak dan suami dok mintak goreng pagi petang dan malam, tak jemu-jemu.
  • Cara goreng nak dapatkan jerawat-jerawat tu, minyak kena betul-betul panas dan penuh kuali tapi jangan sampai berasap.
  • Masukkan karipap, lepas masuk tu, terus balik-balikkan supaya takde hangus sebelah sahaja. Bila dah keluar jerawat-jerawat, boleh angkat untuk nak jadikan frozen. Gambar karipap yang cerah tu saya nak buat frozen, yang brown sikt untuk makan.

Cuba Karipap Mini Rangup Ni Juga, Memang Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Sakura Hanami