Kuih Muih

Cara Buat Kulit Karipap Rangup

cara-buat-kulit-karipap-rangup

Cara Buat Kulit Karipap Rangup

Resepi kulit karipap yang paling best so far. Ini dia (dapat 65 – 80 karipap saiz sederhana).

Bahan-Bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 1 cawan minyak + 2 sudu besar butter/marjerin yang dipanaskan
  • Sedikit garam
  • 2 sb air kapur
  • 400ml air sejuk

Cara Membuat:

1. Campur minyak panas dan butter atau marjerin ke dalam tepung (serta garam). Gaul guna senduk sebab minyak tengah panas.

2. Buat sampai macam jadi serbuk roti, lepas tu masukkan 2 sudu besar air kapur (yang jernih) ke dalamnya (Rahsia rangup lama).

3. Kemudian masukkan dalam 400ml air sejuk ke dalam adunan tepung tadi secara berperingkat dan uli hingga doh tak lekat di tangan.

4. Tutup atau masukkan dalam beg plastik untuk mereka mesrakan diri dengan yang lain gitu, biarkan selama setengah jam hingga 1 jam. Masa ni boleh start masak inti karipapnya.

5. Pastu nanti siapkanlah cemana nak bentukkan karipapnya. Nak kelim, pakai acuan boleh, pakai tangan boleh, pakai garfu pun boleh. Goreng dengan api sederhana kecil.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Bengkang Tepung

6. Kalau nak frozenkan, nak goreng sekejap pun boleh, nak terus frozenkan pun boleh, lapikkan plastik di tengah supaya tak melekat masa nak goreng nanti.

Selamat mencuba ya! Silakan share, moga bermanfaat.

Cara Buat Kulit Karipap Rangup

Resepi Oleh: Nieza Nor Hamnira